Aktivis dan penceramah terkenal, Akhi Fairuz Al-Jengkawi baru-baru ini telah mengetengahkan isu papan iklan ada unsur lucah ditayangkan di tepi-tepi highway.
Antaranya adalah produk sabun yang menggunakan perkataan double meaning yang sering dikaitkan dengan onani.
Onani/masturbation disinonimkan juga dengan perkataan menyabun/ toceng/ melancap. Kelucahan dinormalisasikan bukan sahaja dalam media sosial, bahkan di tepi-tepi jalan.”
https://www.facebook.com/akhifairuz/posts/3622394791161243
Tak cukup dengan itu, di susur keluar tol Gombak juga turut menampakkan papan tanda gergasi minuman kesihatan yang menggunakan tagline #mantap_anjal_ketat bagi mempromosikan nama produk mereka yang seakan-akan menggunakan perkataan bermaksud payudara.
https://www.facebook.com/akhifairuz/posts/3623825021018220
Ekoran ini, Majlis Perbandaran Selayang telah pun merobohkan papan tanda di laluan keluar selepas tol Gombak yang dikatakan turut didirikan tanpa kebenaran.
“Ingat, saya tak bicarakan bab produk overclaimed, ada atau tidak kelulusan naikkan billboard di tepi-tepi jalan. Itu biarlah pihak yang berautoriti jalankan tugasnya.”
Yang saya ketengahkan adaah melawan sebarang normalisasi kelucahan yang terdapat di dunia nyata mahupun media sosial setakat yang termampu.”
https://www.facebook.com/akhifairuz/posts/3629072337160155
Patutlah billboard unsur lucah ni ada dekat tepi-tepi highway rupanya tak dapat kebenaran. Boleh je nak jual produk tapi biarlah guna cara yang elok. Susah nanti nak jawab kalau budak-budak tanya.