Agak membosankan jika kucing peliharaan kita tidak dapat memahami bahasa walaupun kita yang beria nak belai mereka?
Mesti seronok kan kalau haiwan peliharaan faham bahasa kita seperti haiwan manja lain yang kita tengok di media sosial?
Pemilik kucing British Shorthair baru-baru ini menjadi tular apabila kucing peliharaannya itu mencari tuannya yang sedang berada didalam bilik.
Lebih mengejutkan, kucing pandai memanggil tuannya ‘Mama’!
Panggilan itu seakan-akan seorang anak kecil yang mencari ibunya. Lebih mencuit hati, tuannya turut menyahut panggilan si bulus.
Mendengar sahutan itu, si Obey terus masuk ke dalam bilik dan kelihatan mahu menemani tuannya.
Artikel berkaitan: “Syabas si bulus yang berjasa” – Kucing Jadi Hero Temui Bayi Perempuan Yang Dibuang Di Kawasan Pembakaran Sampah
Artikel berkaitan: “Nampak macam takut kucing”- Oyen Buat Hal Lagi, Kali Ini Kacau Orang Sampai Terpaksa Berhenti Solat
Video berkenaan tular di akaun TikTok @nurafiqah91 dan mendapat 551,900 tontonan dan 959 komen.
Rata-rata warganet berikan komen positif dan ingin mendapatkan kucing pandai seperti Obey.
“Tekjutku awal2 ingat baby yg pgl rupa2nya sicomeyyyy.
“Pastu kita masuk bilik air…dia pun ikut masuk sama…geram je kan..
“aku ingt anak org..tgk hastag ank bulus…hahahahaha adehhhh..,” antara komen warganet diruangan komen.
Mana nak dapat satu macam Obey ni. Nak buat gomol malam-malam.