in

Mangsa Tanah Jerlus Masjid India Mungkin Berada Di Loji IWK Pantai Dalam

Mangsa Tanah Jerlus Loji Iwk Pantai Dalam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy, yang terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India telah memasuki hari kelima hari ini.

Memetik Harian Metro, mangsa berkemungkinan boleh ditemui di Loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam, yang merupakan harapan terakhir penemuan mangsa insiden ini.


Ini disebabkan semua sisa kumbahan dari Jalan Masjid India akan berakhir di IWK Pantai Dalam.

“Saya difahamkan semua sisa kumbahan akan berakhir di sini (IWK Pantai Dalam) dan tidak akan melepasi lokasi ini.

“0.4 juta sisa kumbahan warga Kuala Lumpur diuruskan fasaliti ini (Pantai 1), manakala 1.4 juta lagi di fasaliti Pantai 2. Jadi memang akan berhenti di sini,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.

2780688

Artikel berkaitan: “Tolonglah bang, nak tengok muka ibu” – Keluarga Reda, Mahu Tatap Wajah Mangsa Tanah Jerlus Kali Terakhir

Artikel berkaitan: Kejadian Tanah Jerlus: Ada Gas Beracun Dalam Pembetung, Hanya Seorang Anggota Sahaja Dibenarkan Masuk Untuk Mencari Mangsa

Menurut Fahmi yang juga Menteri Komunikasi, beliau dimaklumkan jarak lurang kumbahan di Jalan Masjid India hingga ke loji IWK Pantai Dalam sejauh kira-kira tujuh kilometer.

Sementara itu, alat pengesan Round Penetrating Radar (GPR) atau radar menembusi tanah akan digunakan untuk mengesan mangsa.

Difahamkan alat ini adalah alat yang sama pernah digunakan dalam insiden tanah runtuh di Batang Kali pada tahun 2022 yang lalu.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.