in

Mangsa Banjir Selangor Diberi Pengecualian Bayaran Bil Air Selama Sebulan

pengecualian banjir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ekoran dengan bencana banjir yang berlaku di negeri Selangor baru-baru ini, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah diminta untuk memberi pengecualian bil air dan elektrik kepada mangsa banjir yang terkesan.

Permintaan pengecualian tersebut dikatakan telah dibangkitkan sendiri oleh penduduk yang terkesan disebabkan perlu menggunakan sumber air dan elektrik dalam kuantiti yang banyak semasa pasca-banjir nanti.


Oleh hal yang demikian, kerajaan negeri Selangor telah pun bersetuju untuk  memberi pengecualian bayaran bil air selama sebulan kepada semua akaun yang terkesan dengan bencana banjir di negeri tersebut.

Pengumuman tersebut telah pun dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi sidang akhbar yang diadakan semalam secara dalam talian.

“Saya sudah berbincang dengan ketua pegawai eksekutif Pengurusan Air Selangor dan dia minta senarai untuk kenal pasti kawasan yang terjejas,”- kata MB Selangor itu.

Selain itu, beliau juga turut mengumumkan pengangguhan bayaran balik pinjaman selama dua bulan kepada usahawan Hijrah Selangor yang terjejas supaya dapat mengurangkan beban mereka yang terkesan dengan bencana tersebut.

“Usaha dalam memindahkan mangsa ke tempat yang lebih selamat selain mengagihkan barang keperluan asas kepada mereka akan sentiasa dipergiatkan,” jelasnya lagi.

Beliau juga turut menambah, semua aset kerajaan negeri dan agensi persekutuan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan kumpulan sokongan lain telah dikerah bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat.

Baca: Penat Tunggu, Angkatan Tentera Malaysia Turun Bantu Mangsa Banjir Walaupun Tanpa Arahan

baca pengecualian banjir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.