Ramai yang mungkin yang dah mati kutu sebab tidak tahu apa yang mahu dilakukan di rumah sepanjang tempoh kawalan pergerakan (PKP) ini kan. Untuk pelajar sekolah, mungkin ada yang rasa belajar di sekolah lagi seronok sebab boleh jumpa rakan-rakan.
Kali ini admin nak kongsikan tentang cara yang adik-adik boleh cuba untuk elakkan perasaan bosan ketika belajar di rumah.
Raja Haslina Raja Semail yang juga merupakan seorang guru telah menyuruh anak-anaknya untuk memakai uniform sekolah sambil belajar di rumah untuk mengurangkan rasa rindu terhadap suasana di sekolah, lapor Berita Harian.
Tiba-tiba admin pun rindu nak pakai baju sekolah.
Menurut wanita ini yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan St Mark di Pulau Pinang, inisiatif ini diambil setelah mendengar rungutan anak-anaknya yang rindukan aktiviti di sekolah.
Selain itu, ibu kepada Haris Aiman Yeoh,16, Anis Salsabilla, 14 Aidil Amin ,13 dan Aira Sumayyah ,10 juga memastikan anaknya untuk mengikuti jadual pembelajaran seperti di sekolah. Bagus jugak ni, barulah lebih produktif kan.
Menurut guru subjek Sains dan Bahasa Inggeris ini juga, anak-anaknya akan memulakan pembelajaran pada pukul 8 pagi sehingga 12 tengah hari. Mereka juga akan rehat untuk makan pada pukul 10 pagi. Fuh, dah macam dekat sekolah betul ni.
Rata-rata netizen juga bersetuju dengan inisiatif yang dibuat oleh keluarga ini.
Adik-adik kat rumah tu kalau rasa nak pakai baju sekolah jugak esok, boleh lah pakai. Mana lah tau kot-kot bertambah semangat sikit nak belajar kat rumah kan.