in

“Mana mak ayah dia?” – Budak Kecil Tahan Pintu Kaca Pasar Raya Sampai Pecah

budak pecah pintu kaca mydin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam, tular sebuah video memaparkan seorang kanak-kanak dilihat sedang bermain berhampiran pintu kaca automatik dekat sebuah pasar raya yang berakhir dengan tragedi apabila pintu tersebut pecah.

Menerusi rakaman CCTV, budak tersebut dilihat bermain tanpa pengawasan ibu bapa dan menahan pintu automatik itu dari tertutup hingga menyebabkan pintu tersebut tiba-tiba pecah berderai.


@nadiahmakeup97

Bertahun aku kje mydin , ni baru ad kes , mane la mok dia mase ni eh #fyp #mydin #gongbadakterengganu

♬ original sound – NadiahMohdNor – NadiahMohdNor

Terkejut dengan apa yang terjadi, kanak-kanak tersebut kemudian dilihat berlari mendapatkan ibu bapanya.

Menurut Kosmo, kejadian ini difahamkan berlaku di sebuah pasar raya di Gong Badak, Terengganu.

Selain dari video itu, didakwa salah seorang pekerja di pasar raya berkenaan juga ada memuat naik video situasi selepas kejadian berlaku. Dapat dilihat dengan jelas kerosakan pada pintu kaca tersebut dengan serpihan kaca berderai di lantai.

@nadiahmakeup97

Bila dah jadi mcm ni nk salahkan siapa? Anak ke ibu bapa? , anak kecil kalau larang main bnde2 bahaya mungkin dia dngr , semoga baik2 sahaja budak tadi 😥 #fyp✨シ゚viral🖤tiktok☆♡🦋myvideo🥀✨ #fyp #mydin #ganu #gongbadakterengganu

♬ suara asli – dimás

Artikel berkaitan: Tular Budak 3 Tahun Ditemukan Sesat Di Kebun Jagung, Ibu Bapa Dilapor Ada Rekod Jenayah

Artikel berkaitan: “Sudah beratus kali dilarang” – Budak Perempuan M*ut Tersepit Meja Lipat, Ibu Reda Pemergian Anak

“Sentiasalah pantau anak tu” 

Video itu telah menerima pelbagai kecaman daripada netizen yang menyalahkan ibu bapa kerana tidak memantau perilaku anak.

Malah ada yang meminta ibu bapa budak itu untuk membayar ganti rugi kerosakan pintu kaca kepada pihak pasar raya.

ibu bapa

Harap budak tu tak cederalah. Risau tengok serpihan kaca tu jatuh atas dia. 

Sumber: X, TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.