in

“Mana keadilannya?”

Page Emilia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya telah memberikan inspirasi kepada ramai orang di luar sana untuk bersuara dan berjuang untuk keadilan.

Salah seorangnya ialah Emilia Hanafi, bekas isteri kepada Pengerusi Eksekutif Kumpulan Bersama NAZA, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin yang mendedahkan di Instagram bahawa dia tidak mendapat keadilan walaupun bekas suaminya itu telah bertindak ganas terhadapnya.


T7 1
sumber: instagram
T2 1
sumber: instagram

 

Kes tersebut telah beberapa kali ditangguhkan

Ji
sumber: instagram
T1 1
sumber: instagram

Kata mangsa,

“Selepas insiden keganasan terhadap saya dalam bulan November 2015, laporan polis telah dibuat. Mahkamah telah mengeluarkan beberapa Perintah Perlindungan untuk melindungi saya dan anak-anak daripada keganasan ‘si dia’. ‘Si dia’ didakwa di Mahkamah Majistret Jenayah (di bawah Seksyen 326A Kanun Keseksaan). Tapi kes tersebut telah beberapa kali ditangguhkan (hampir lebih dari 1 setengah tahun).

 

Langsung tidak diberi peluang untuk kemukakan bukti dan keterangan

Malang buat Emilia, kes tersebut walaupun serius, tidak pernah dibicarakan. Dia juga tidak pernah dipanggil sebagai saksi dan langsung tidak diberi peluang untuk mengemukakan bukti serta keterangan.

T3 1
sumber: instagram

 

‘Si Dia’ dibebaskan tanpa perbicaraan

Katanya lagi,

“Pada 30.8.2017, Mahkamah Majistret Jenayah KL telah buat keputusan mengatakan ‘si dia’ “dilepaskan dan dibebaskan” tanpa perbicaraan, yang saya difahamkan atas sebab ‘teknikal’ sahaja. Semua orang terkejut. Saya meminta pandangan beberapa pihak, mereka kata keputusan sedemikian adalah tidak logik dan tidak munasabah.

Mangsa hairan bagaimana bekas suaminya boleh dilepaskan dan dibebaskan tanpa bicara walaupun dengan bukti yang jelas terpampang disertakan dengan medical report. Pendakwa raya juga dengan serta merta memfailkan rayuan yang kemudiannya difahamkan dipindahkan ke tempat lain.

T4 1
sumber: instagram
T5 1
sumber: instagram

 

Takut nak dedahkan sebelum ini kerana diugut

Emilia berkata sebelum ini takut nak bersuara.

“Sebelum ini, saya takut untuk mendedahkan perkara yg berlaku kerana beberapa kali saya dan ahli keluarga diugut, difitnah, diekori, diganggu dan macam-macam lagi.

 

Emilia hanya inginkan keadilan

T6 1
sumber: instagram

Mangsa juga berterima kasih kepada semua yang memberikan sokongan kepadanya dan berharap agar dia akan mendapat keadilan dan supaya mereka yang sama nasib dengannya akan mula bersuara.

“Begitu banyak sokongan diberikan oleh orang ramai untuk saya terus berjuang mempertahankan hak anak-anak dan saya sekeluarga. Kami hanya mahukan keadilan dan tidak mahu ditindas. Kepada mangsa keganasan dan ketidakadilan, kita kena bersuara dan jadi berani.”

Nampaknya selepas Tun M memegang tampuk kepimpinan, semakin ramai yang cuba menyuarakan ketidakadilan yang telah berlaku kepada mereka dengan harapan agar sesuatu akan dilakukan bagi memperjuangkan hak mereka.

Harap mangsa akan dapat keadilan.

Baca: “Dia lepas dulu pun sebab anak menteri…”

Page Nedim 2 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.