in

“Mana jalur gemilang?” – Premis Perniagaan Di Kuantan Wajib Pasang Bendera, Akan Dikompaun Jika Gagal

Kuantan Bendera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah menjadi kebiasaan setiap kali masuk bulan Ogos, rata-rata bangunan di Malaysia mula menggantung dan mengibarkan Jalur Gemilang bersempena bula kemerdekaan, seperti yang semua tahu Malaysia menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos.


Pun begitu, dalam laporan Sinar Harian, difahamkan hampir 85 peratus premis di sekitar Bandaraya Kuantan belum dihiasi dengan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia pada bulan depan.

Disebabkan itu, pihak Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menerusi laman Facebook mengeluarkan notis di mana premis mempunyai dua hari lagi untuk mematuhi syarat mengibarkan Jalur Gemilang serta bendera negeri Pahang bersempena sambutan bulan kemerdekaan.

MANA JALUR GEMILANG?Masih terdapat premis perniagaan yang tidak dipasang bendera Jalur Gemilang dan bendera Negeri…

Posted by Majlis Bandaraya Kuantan on Sunday, August 14, 2022

Malah, dinyatakan dalam posting tersebut, mereka yang tidak mematuhi arahan itu akan berdepan dengan tindakan kompaun besar-besaran yang akan dijalankan selepas tarikh yang dinyatakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tersebut.

“Pemilik premis juga perlu memastikan tiada Jalur Gemilang dan bendera negeri yang telah lusuh dan koyak berada di premis anda” tulisnya. 

Jom sama-sama kita semarakkan bulan kemerdekaan!

Baca: Netizen Kritik Logo Kemerdekaan Malaysia & Singapura Tak Cukup Kreatif?

Logo Hari Merdeka 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.