Kita semua mesti pernah ke pantai. Kalau ke pantai tu biasanya kita akan buat istana pasir, berkelah, usha awek ataupun kita duduk lepak je dekat pantai sambil menghirup udara segar. Lain pulak dengan cerita ni, ada sorang adik ni buat keputusan untuk persetankan semua aktiviti yang klise tu dan memilih untuk buat sesuatu yang orang jarang atau tak pernah buat di pantai; solat.
@annehisham menerusi akaun Twitter miliknya ada share dengan semua orang gelagat anak sepupunya yang unik ni. Katanya, anak sepupunya itu memang suka nak try benda baru, dan inilah hasilnya.
Solat Tepi Pantai
Pilihan adik ni untuk solat dipantai mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Ada yang gelak dan ada yang perli. Tapi apa-apa pun gelagat adik ni memang buat netizen mudah terhibur. Yang paling best tu gambar lepas solat tu lah. Itu yang paling kelakar!
Kusyuk dik solat tu. Tak panas ke?
Yang ni benda yang sama kami fikir. Kalau bagi sejadah at least tak lah panas sangat nak sujud dekat pasir tu.
Ini memang betul kusyuk dalam solat ni. Cukup rukun sujud tu
Kirim salam sekali dekat anak sepupu tu.
Selesai solat
Lepas selesai solat biasanya kita akan sapu muka untuk hilangkan debu-debu yang terlekat pada muka. Paling tidak pun mesti kita akan usap muka sikit. Tapi korang cuba tengok adik ni jadi macam mana lepas solat…
Steady-lah, dik! Jalan dengan penuh confident walapun muka penuh dengan pasir
Memang tak pernah lagi orang buat solat dulu tayamum kemudian. Dan kalau tayamum sebelum solat pun, tak ada nak dibiarkan melekat macam tu.
Tapi nasib baik adik ni solat kat tepi pantai. Kalau dalam air entah macam manalah nak sujud dengan berombak lagi.
Apa-apa pun adik ni memang steady lah. Hati kental, tak peduli orang nak cakap apa. Semoga bahagia lah dengan kehidupan adik. Lalui lah zaman kanak-kanak ni dengan seronok. Yang penting, enjoy! Kekal unik, dik!
Baca:“Ingatkan bangla mana” – Lelaki Tak Sangka Jadi Imam Kepada Remy Ishak Masa Solat Bersama di Surau