Netflix memang banyak keluarkan filem dan siri TV yang menarik untuk ditonton. Selain itu, dokumentari yang dikeluarkan oleh syarikat penstriman ini juga turut mendapat tempat di hati penonton.
Macam sebelum ni, antara dokumentari Netflix yang popular termasuklah The Tinder Swindler, Fyre dan House of Secret.
Tapi baru-baru ni di Malaysia, agak kecoh apabila Netflix telah mengeluarkan satu dokumentari yang dekat dengan hati rakyat Malaysia iaitu Man on the Run sehinggakan walaupun ia baru dikeluarkan di Malaysia pada Jumaat lalu (7 Januari), ia telah pun menduduki tempat kedua cerita yang paling banyak ditonton di Malaysia.
Disebabkan ini, apa kata kita tengok apa lagi dokumentari lain yang tengah hangat ditayangkan di Netflix sekarang ni supaya korang tak terlepas untuk tengok!
Artikel berkaitan: 5 Filem ‘Misteri’ Yang Korang Kena Layan Di Netflix, Memang Suspen Habis!
Artikel berkaitan: Jom Layan 5 Filem Seram Ni Dekat Netflix, Confirm Hujung Minggu Korang Tak Bosan!
1. Man on the Run
Dokumentari Man on the Run ini memfokuskan tentang skandal 1Malaysia Develeopment Bhd (1MDB) yang telah menjadi topik utama untuk perbicaraan rasuah bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.
Dokumentari sepanjang 98 minit ini turut menunjukkan temubual bersama bekas MP Damansara Tony Pua, pemberi maklumat Xavier Andre Justo, editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Selain turut menampilkan temubual bersama Najib sebelum beliau dipenjarakan.
Namun begitu, semalam pihak peguam Najib telah meminta agar tayangan Man on the Run ini dikeluarkan daripada tayangan Malaysia dan turut memfailkan prosiding penghinaan ke atas Thomas dan mahu memfailkan tindakan undang-undang ke atas Rewcastle-Brown atas kenyataan di dalam dokumentari ini.
Fuh, panas! Baik korang tengok sebelum betul-betul Netflix kena buang. Huhuhu
2. Beckham
Siri doku Beckham menunjukkan pengarah Fisher Stevens menemubual David Beckham dan isterinya Victoria Beckham tentang kehidupan mereka sebagai salah seorang pasangan paling popular di dunia.
Dalam doku ni, korang boleh tengok sendiri reaksi jujur bekas pemain bola ini tentang impak perhatian media secara berterusan ke atas dirinya serta tekanan yang dialaminya ketika bermain untuk Manchester United, Real Madrid dan LA Galaxy.
Lebih menarik lagi, David dan Victoria juga turut memberikan komen mereka mengenai kontroversi sensasi dakwaan bahawa David telah menjalinkan hubungan sulit dengan pembantunya Rebecca Loos dan macam mana pasangan ini menghadapi situasi sulit tersebut.
3. Who Killed Jill Dando
Pengacara TV British Jill Dando telah dibunuh di luar rumahnya di London pada April 1999 selepas ditembak di belakang kepala.
Dokumentari ini menampilkan beberapa teori tentang siapa dalang disebalik pembunuhan tersebut melalui temubual bersama keluarganya, rakan kerja, detektif yang mengendalikan kes ini dan lelaki yang telah disabit kesalahan dan dibebaskan atas pembunuhan ini.
4. The Devil on Trial
Dokumentari ni memang akan buat korang terpegun depan TV bila seorang pembunuh mengatakan bahawa syaitan telah menyuruhnya untuk melakukan perbuatan kejam ini.
Ia menceritakan tentang kes Arne Cheyenne Johson yang mendakwa dia telah dirasuk ketika dia membunuh tuan rumahnya, Alan Bono pada tahun 1981 selepas ritual exorcism dijalankan ke atas tunang abangnya, David Glatzel.
Kalau korang nak tahu, kes ini juga pernah diadaptasikan untuk filem popular, The Conjuring: The Devil Made Me Do It tau!
5. Bad Surgeon: Love Under the Knife
Bad Surgeon: Love Under the Knife merupakan siri doku yang menceritakan tentang Dr. Paolo Macchiarini seorang doktor bedah yang terkenal kerana beberapa pembedahan yang mencantumkan plastik dan sel stem yang dianggap sebagai kejayaan menakjubkan.
Dokumentari ini mendedahkan macam mana Macchiarini boleh menjadi terkenal serta kesan tragik yang perlu dihadapi oleh pesakit-pesakitnya selepas mempercayai doktor ini kerana karismanya serta inovasi saintifiknya yang banyak memberi harapan.
Kejayaan doktor ini mula diragui selepas pesakitnya telah mengalami kompikasi selepas pembedahan sehingga ia turut mempersoalkan etika Macchiarini.
Sumber: Netflix