in

“Mama sudah bayar RM7k lepas pertunangan diputuskan” – Anak Mangsa Diker*t

Pertunangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lalu, media sosial kecoh dengan penemuan mayat seorang wanita yang dikerat sebelum dibuang di beberapa lokasi sekitar Indah Permai, Kota Kinabalu. Kejadian itu berlaku susulan mangsa memutuskan pertunangan.

Suspek yang juga bekas tunang mangsa telah ditahan. Difahamkan, kejadian dipercayai berpunca daripada isu tuntutan wang selepas pertunangan mereka dibatalkan selain masalah hubungan peribadi antara kedua-duanya.


Terbaharu, seorang individu yang mendakwa sebagai anak wanita itu memaklumkan menerusi siaran TikTok malam tadi bahawa ibunya telah membayar sebanyak RM7,000 kepada suspek selepas pertunangan tersebut berakhir.

Img 0608

Difahamkan, suspek pada mulanya telah berjumpa keluarga mangsa dan dia bersetuju untuk putuskan pertunangan mereka dengan syarat wang RM7,000 perlu dibayar oleh mangsa dan anak mangsa mengatakan ibunya telah pun membayar semula wang tersebut.

Artikel Berkaitan: Wang Pertunangan Dipercayai Jadi Punca Lelaki 71 Tahun K*rat & B*nuh Wanita Di Sepanggar

Artikel berkaitan: Polis Klasifikasi Kematian Pempengaruh Taiwan Dalam Bilik Bersama Namewee Sebagai Kes Bunuh

Difahamkan, pertunangan itu diputuskan kerana mangsa dan suspek sebelum ini sering berselisih faham dan bertengkar mulut kerana kerap berlaku perbezaan pendapat antara mereka berdua.

Menurut anak mangsa, ibunya memutuslan untuk tidak meneruskan pertunangan itu kerana sering bergaduh dengan lelaki berkenaan.

Anak mangsa turut menceritakan detik-detik dia mengecam sebahagian anggota badan ibunya susulan penemuan mayat seorang wanita yang dikerat.

Anak mengatakan dia cam tangan ibunya itu, lapor Harian Metro.

Sumber: Harian Metro , TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.