Pihak polis memang wajar diberikan setinggi-tinggi perghormatan daripada rakyat Malaysia pada ketika ini. Mana tidaknya, sudahlah mereka perlu bekerja lebih masa ekoran isu Covid-19, dalam pada masa yang sama mereka juga perlu melayan ragam-ragam pelik rakyat Malaysia.
Terbaru, tular sebuah video di Twitter yang melihatkan seorang lelaki mengamuk di sebuah hospital. Berdasarkan video tersebut, lelaki tersebut baru sahaja mengalami kemalangan dan sedang bergaduh mulut dengan individu yang melanggarnya.
"Malu skit, tu bukan isteri, baru awek tau tak?" – Lelaki mengamuk dekat hospital kena sound dengan abang polis 👮♂️
Sebelum abang polis keluar baton: aummmm 🐅
Selepas abang polis keluar baton: meow meow 🐈 pic.twitter.com/Y01W3HCz4M
— Harian Becok (@HarianBecok) April 3, 2020
Melihatkan situasi yang menjadi semakin tegang, seorang anggota polis tampil untuk menenangkan keadaan. Namun begitu, lelaki tersebut masih meninggikan suara dan hampir mencetuskan pergaduhan membuatkan anggota polis tersebut menggunakan cara yang sedikit tegas.
“Awak biadab dekat sini. Saya bukan PB, saya polis”
Selepas sahaja anggota polis tersebut mengeluarkan baton dan gari tangan, lelaki tersebut terus meminta maaf dan kembali tenang daripada mengamuk. Malah, lelaki tersebut sempat bertanyakan nama anggota polis tersebut untuk meminta maaf. Amboi tahu takut!
Video yang ditonton lebih daripada 500,000 tontonan ini mendapat reaksi netizen yang rata-ratanya memuji sikap anggota polis tersebut yang begitu tenang dan profesional.
“Terus baik”
“Tabik gila babi wei brader polis tu”
“Lagi kecil anggota polis tu, lagi…”
“Ni mesti jenis suka buat hero depan gf”
Apa-apa pun, syabas buat abang polis ini yang begitu tenang dan profesional!
Sumber: Harian Becok