in

Malaysia Layak Sertai AFC U23 Tapi Netizen Pasukan India Yang ‘Koyak’? Kata Sistem Tak Adil

page 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, skuad bawah 23 (B-23) bolasepak Malaysia berjaya melayakkan diri ke pentas terbesar Asia, AFC U23 yang bakal berlangsung di Uzbekistan pada 1 hingga 19 Jun tahun depan.

Skuad kendalian Brad Maloney itu diletakkan dalam Kumpulan J dalam pusingan kelayakan yang berlangsung di Mongolia. Melalui dua kemenangan 1-0 ke atas Laos dan Mongolia, Malaysia berjaya mengungguli kumpulan tersebut selepas tampil seri 0-0 dengan pasukan Thailand.


Sejurus dari prestasi yang baik itu, akaun Twitter rasmi Piala Asia AFC (@afcasiancup) mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia kerana berjaya menempah tiket ke kejohanan bola sepak B-23 terbesar Asia itu nanti.

Penyokong India tak puas hati?

Namun, perkara itu telah membuat sebahagian penyokong pasukan India di laman sosial itu mula panas punggung dengan kelayakan Malaysia dan mula menyerang posting tersebut dengan kritikan terhadap sistem yang digunakan.

r

Isu tersebut timbul apabila pasukan B-23 mereka gagal melayakkan diri ke saingan AFC 2022 walaupun tampil sebagai naib juara kumpulan F. Namun, mereka gagal menyerlah dalam kedudukan pasukan naib juara kumpulan lain ketika hanya meraih tempat kelapan setakat ini.

Netizen Penyokong India ‘serang’ AFC

Sebahagian netizen dari negara itu menyalahkan sistem undian dari pihak AFC kerana pasukan mereka perlu berdepan dengan pasukan negara Timur Tengah.

w q e

Untuk nota, India sekadar seri tanpa jaringan ketika berdepan dengan Kyrgyzstan dan kemudiannya kalah 1-0 kepada Emiriah Arab Bersatu.

Lebih mengecewakan, kemenangan mereka terhadap Oman tidak dikira untuk keputusan 4 naib juara terbaik. Ini kerana wujudnya peraturan berkaitan kumpulan yang tidak mempunyai 4 buah pasukan dalam fasa grouping.

Ada juga netizen berpihak pada pasukan India dengan menyelar pihak penganjur kejohanan tersebut. Mereka menuduh sistem yang digunakan bukanlah berdasarkan merit, tapi lebih kepada kepentingan politik dan minyak. Wah, berat sangat tuduhan diorang ni.

t

Min harap yang dari pihak kita ni pun, tak ada yang datang untuk api-apikan keadaan, ya?

Baca: “Tragedi Oktober sangat ni” – Syamsul Debat Selamba ‘Troll’ Peminat Man Utd

Capture12

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.