Pernah tak dengar orang kata setiap manusia ada tujuh orang ‘kembar’ lain yang tak ada sebarang pertalian darah? Jika tak, korang kena tahu yang dalam dunia ni ada beberapa individu lain yang mempunyai muka yang lebih kurang sama macam kita.
Tapi nasib nampaknya tidak berpihak pada seorang lelaki di China apabila mukanya menyerupai seorang banduan yang terlepas. Dalam masa hanya 3 hari, lelaki tersebut ditahan oleh pihak polis sebanyak 5 kali.
Sejak Oktober lepas, seorang penjenayah yang dikenali sebagai Zhu Xianjian berjaya meloloskan diri keluar dari sebuah penjara di Wilayah Jilin, Timur Laut China.
Dalam gambar yang dilampirkan, lelaki yang disalah sangka sebagai Xianjian adalah lelaki berbaju biru di belah kanan, manakala Xianjian yang sebenar di sebelah kiri.
Pihak berkuasa telah menawarkan ganjaran sebanyak 700,000 yuan (RM465,054) bagi sesiapa yang memberikan maklumat berkenaan penjenayah dari Korea Utara itu untuk dibawa semula kepada penahanan.
Memetik laporan dari India Times, banduan tersebut dijatuhkan hukuman 11 tahun kerana memasuki China secara haram serta beberapa kesalahan lain termasuklah rompakan.
Namun, malang menimpa seorang lelaki dari Baicheng apabila ada orang melaporkan dirinya sebagai penjenayah yang terlepas itu kepada pihak polis. Sukar dinafikan, memang kedua-dua individu ini mempunyai wajah yang lebih kurang.
Hanya 3 hari tempoh masa yang diperlukan untuk lelaki itu disalah anggap dan diberkas sebanyak 5 kali oleh pihak polis. Ini bukan pelanduk dua serupa dah, ini malang tak berbau!
Orang ramai turut bersimpati dengan nasib lelaki tersebut, dan mengesyorkan dia memakai tag nama untuk elakkan kekeliruan.
Walau bagaimanapun, pihak polis berjaya menangkap Xianjian yang sebenar pada 28 November lepas.
Kesian jugak jadi macam ni, kan? Korang pulak macam mana? Pernah terjumpa ‘kembar’ korang kat mana-mana tak?
Sumber: India Times
Baca: Zaquan Adha Dedah Isteri Pernah Terpeluk Kembar Gara-Gara Keliru Wajah Sama