in

Malang! Batang Besi Dibaling Dari Atas, Sikap Penghuni Flat Dikritik Netizen

Ppr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang ingat lagi tak kes kemalangan tragis yang melibatkan seorang remaja maut selepas terkena kerusi pejabat yang dipercayai dibaling dari tingkat 21 Flat PPR Seri Pantai tu?



Ok kali ni ada lagi kes baling barang dari tingkat atas. Seorang netizen yang dikenali sebagai Musa di status Facebooknya telah memuat naik satu post tentang kejadian yang berlaku  kepada salah seorang anak buah kawannya di Flat PPR Gombak Setia 41, semalam.

Baling besi basikal dari tingkat atas

Katanya, batang besi basikal dibaling dari atas dan jatuh kebawah. Malangnya sewaktu tu mangsa tengah berjalan dan besi tu jatuh tepat terkena kepala mangsa. Habis berdarah kepala mangsa yang kena tu, ya Allah seram admin tengok!

45289461 1999316830126178 6495495641236504576 N
Sumber: Facebook

45249892 1999316963459498 4514245094655655936 N
Sumber: Facebook

Teruk! Sikap sesetengah netizen yang tingal dekat rumah Flat ni kadang-kadang dah melampaui batas. Ada ke barang besi keras macam tu dibaling ke bawah?

Tidak ada rasa tanggungjawab dan nilai moral

Kejadian ni banyak menimbulkan rasa marah dan kesal dari netizen atas sikap penghuni rumah Flat yang tidak ada rasa tanggungjawab dan nilai moral seakan-akan tiada langsung dalam diri tu.

Capture 20181103 124557
Sumber: Facebook

Netizen di Twitter juga turut memberi komen tentang kes ni. Nampaknya ramai juga yang bengang dan panas dengan kes ni.

Capture 20181103 124939
Sumber: Twitter

Ada juga yang kata sesetengah orang yang duduk flat ni tak dengar apa orang cakap dan tak ambil peduli langsung, bila dah jadi macam ni akan menyusahkan orang lain. Di ruang komen juga, netizen turut berkongsi kejadian yang berlaku ditempat mereka. Pergh! Sampai lesung batu pun dibalingnya!

Capture 20181103 123701
Sumber: Facebook

Admin ingat lepas kes baling barang sampai meragut nyawa tu dah tak akan ada lagi dah kes baling barang ni. Harap korang yang duduk rumah Flat ambil iktibar dan jangan la sesuka hati je nak baling barang kat bawah. Bahaya tahu tak?

Baca: Konvoi Motosikal Buat Bising di Majlis Perkahwinan Cetus Pergaduhan Berparang di PPR Gombak Setia

Parang Pukul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.