in

Makcik Bertekak Dengan Pekerja Butik Mewah Lepas Didakwa Kantoi Curi Beg Tangan

Ft Makcik Bertekak Butik Mewah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini telah tular sebuah ciapan di Twitter yang memaparkan sebuah video mengenai seorang wanita yang didakwa telah mencuri beg tangan di sebuah outlet barangan berjenama mewah.

Apa yang mengundang perhatian netizen adalah ciapan asal yang dibuat itu bertujuan untuk menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati sekiranya ternampak kelibat wanita ini di mana-mana outlet mereka.


Screenshot 2 4

“Untuk semua retail shop, berhati-hati dengan wanita ini kalau nampak dia lalu depan kedai korang. Her outfit memang macam ni bawa bag merah.”

“Semalam dia curi bag. Tua tak tua, kau kurang ajar dengan aku, aku kurang ajar dengan kau,” tulisnya di ciapan tersebut.

Melalui ciapan tersebut, dapat dilihat seorang wanita berpelitup muka serta bertudung biru sedang memarahi dua orang petugas outlet butik berkenaan.

Difahamkan, dia yang membawa bersama troli pasar raya ke dalam outlet tersebut dilihat cuba mempertahankan dirinya walaupun perbuatannya telah terbongkar.

“Anda punya attitude. Kamu siapa di kedai ini?” kata-kata yang kedengaran di dalam video tersebut.

Screenshot 9

Dua orang kakitangan outlet butik berkenaan juga dilihat tenang semasa berhadapan dengan situasi tersebut.

Namun, menurut pemilik akaun Twitter yang juga dipercayai staff butik berkenaan, wanita tersebut akhirnya membayar harga item yang didakwa dicurinya tetapi item itu tidak diberikan kepadanya kerana ia telah menjadi kes curi.

Screenshot 10 1

Individu berkenaan turut mendakwa wanita itu pernah melakukan modus operandi yang sama di dua pusat beli-belah terkenal di sekitar kawasan Damansara.

Walau bagaimanapun, ciapan asal yang dibuat telah pun dipadamkan oleh pemilik akaun tersebut atas sebab-sebab tertentu.

Dah la kantoi lepastu kesian dekat staff tu tak pasal-pasal kena marah..

Sumber : mStar

Baca : Pernah Dikecam Sebab Beli ‘Beg Mewah’, Zoe Gabriel Kini Jadi Model Beg Charles & Keith

3Ck 728X383 1

Sumber: mStar
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.