Baru-baru ini, seorang lelaki telah ditangkap kerana menikam adik perempuannya sehingga meninggal dunia di Kampung Pilar, Desa Cikarang Kota, Cikarang Utara, Kabupaten Bekasi, Indonesia.
Pembuhuhan kejam itu telah menggemparkan penduduk setempat sebelum suspek, Firman yang berusia 36 ditahan oleh pihak polis kerana membunuh Dewi Alias, 25 tahun.

Ketua Polis Metro Bekasi, Pesuruhjaya Polis Twedi Aditya Bennyahdi berkata, setelah suspek disoal siasat rupa-rupanya lelaki itu membunuh adik kandungnya gara-gara tersinggung dengan kata-kata mangsa yang mengejeknya makan dan tidur sahaja di rumah tanpa berbuat apa-apa.
Mangsa berkata, “Awak dah besar, makan dan tidur sahaja” – Twedi
Firman pada ketika itu sedang mengupas buah, amat marah lalu menikam adiknya menggunakan pisau dapur tanpa berfikir panjang. Ketika kejadian, mangsa tidak sempat melarikan diri daripada abangnya itu.
Artikel berkaitan: Bengang Isteri Elak Ajak ‘Bersama’, Lelaki Ugut Nak Bunuh Anak
Artikel berkaitan: “Dah tak suka dia” – Selamba Bagi Alasan Ni, Dua Gadis Sempat Kira ‘1,2,3’ Sebelum Bunuh Kawan Sendiri
Disebabkan itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Polri Kramatjati, Jakarta namun akhirnya disahkan meninggal dunia akibat tikaman di bahagian paru-paru.
Twedi berkata suspek itu ditahan oleh penduduk dan Unit Siasatan Jenayah lalu diserahkan kepada Polis Cikarang Utara, Bekasi, Indonesia untuk siasatan lanjut.
Barang-barang bukti yang dirampas adalah sebilah pisau dapur, sehelai baju bewarna coklat dan sejumlah pakaian milik mangsa.
Suspek itu disiasat mengikut Perkara 338 Kanun Jenayah iaitu kesalahan membunuh secara niat dan hukuman mati atau penjara seumur hidup atau penjara selama 20 tahun.
Sumber: Warga Kota