Bila bulan puasa ni macam-macam resepi yang dikongsikan khususnya menerusi platform media sosial.
Tak kisahlah resepi air, lauk pauk, kuih muih dan lain-lain. Bila bulan puasa ni makin banyak pulak yang share
Kali ini admin nak share satu resepi ohsem iaitu Sambal Goreng Jawa daripada pengguna facebook Eiyda Aizrish yang memang padu habis dan jadi pembuka selera untuk bersahur dan berbuka.
“Buat jgn x buat, nanti en suami bertambahlah sayang?”
Resepi Sambal Goreng Jawa
Bahan-bahan
- Kentang
- Tempe
- Pedal Ayam
- Tauhu
- Suhun
- Bawang Merah
- Bawah Putih
- Halia
- Cili Besar Merah & Hijau
- Ikan Bilis
Cara memasak
Gorengkan kentang, tempe, pedal ayam dan tauhu. Pada masa sama rendamkan suhun supaya lembut.
Kemudian hiris bawang merah, bawang putih, sedikit halia serta cili besar merah dan hijau. Seterusnya tumbuk sedikit ikan bilis.
Lepas itu tumiskan ikan bilis dan bahan-bahan yang korang hiris tadi, jangan lupa tambah garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali, masukkan suhun ke dalam tumis, kacau sampai rata dan masukkan pula bahan-bahan yang telah digoreng pada awal penyediaan.
Akhir sekali, jangan lupa masukkan kicap dan gaul hingga sebati.
Taraaaa…dah siap! Selamat menjamu selera.
Baca : “Xleh move on dengan kesedapan dia” Senang Gila Nak Buat Ayam Masak Thai Untuk Berbuka Ni!