in

Makan Besar & Aktiviti Ziarah Dibenarkan Untuk Tahun Baru Cina – Menteri Perpaduan

Collage 41

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memandangkan kes Covid-19 masih membahayakan lebih-lebih lagi dengan varian terbaharu Omicron yang semakin menular, sambutan Tahun Baru Cina perlu disambut dengan mengikut Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan.


Sebentar tadi, Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Saddique telah mengumumkan SOP bagi Tahun Baru Cina menerusi sidang media.

Menurutnya, makan besar bersama keluarga pada malam sebelum Tahun Baru Cina serta aktiviti ziarah keluarga dan sanak-saudara adalah dibenarkan.

Namun begitu, majlis rumah terbuka atau open house pula tidak dibenarkan tetapi jamuan tertutup pula dibenarkan hanya untuk tetamu yang mendapat jemputan.

Selain itu, Presiden Persekutuan Persatuan Tao Malaysia Daozhang Tan Hoe Chiow berkata, persembahan tarian naga dan singa juga boleh dibuat sekiranya kesemua yang terlibat telah menerima vaksin penuh dan mendapat permit daripada pihak polis, lapor The Sun Daily.

SOP ini telah dibincangkan ketika mesyuarat baru-baru ini dengan Menteri Perpaduan. Kita akan ikut garis panduan di bawah Pelan Pemulihan Fasa 4.”

Bagi lawatan ke kuil pula, pihak pengurusan perlu memastikan para penganut perlulah lengkap vaksinasi sebelum masuk ke dalam kuil.

Tahun lepas, makan besar dibenarkan tapi hanya untuk ahli keluarga yang tinggal dalam lingkungan 10km dan aktiviti ziarah tak dibenarkan.

 

Baca: Ini 5 Larangan Anda Perlu Tahu Jika Menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina

Screenshot 2022 01 19 At 2.41.34 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.