Setiap yang memiliki seorang anak istimewa ni memang memberikan ujian yang amat kuat. Perhatian dan jagaan yang lebih perlu diberikan supaya segalanya elok dan baik-baik sahaja. Lain pulak cerita pasal anak OKU kali ni yang dapat perhatian ramai sebab kebanyakan orang pernah nampak di sekitar ibu kota.
Hasil perkongsian oleh @AbangNetizenZ di akaun Twitter miliknya telah mendapat pelbagai reaksi netizen. Cuba korang tengok tweet dan gambar kat bawah ni, mana tahu korang pun pernah nampak gak kan?
Sindiket ke?
Korang pernah nampak ke anak OKU tu? Kalau tanya admin, admin pernah nampak dekat Terminal TBS dulu. Tapi tak perasan lah pulak mak dia yang ni atau pun bukan.
Kan admin dah cakap, mak dia kejap korang lain, pastu tukar pulak orang lain. Yang sampai uji bagi makanan tu memang power beb. Memang matlamat dia nak duit je tu sampai sanggup tolak makanan yang orang bagi. Admin pun rasa ni sindiket.
Kesian budak yang tak berdosa tu yang dipergunakan sebegitu. Kalau betul sakit dan perlukan rawatan, biasanya orang akan terima dan buat cepat-cepat sebab kesian tengok budak tu sengsara. Ni lagi nak guna untuk kepentingan sendiri.
Betul tu, duit tu mesti dah lebih dari cukup. Lagipun mesti hospital kerajaan boleh bantu. kesian dekat budak tu dipergunakan sebegitu. Dengan duduk tempat panas macam tu berjam-jam lamanya. Ish kesian, tapi nak sedekah macam kena tipu pulak.
Dekat TBS memang port dia pun. Kalau korang kerap pegi sana tu, boleh lah tengok-tengok mak dia gak. Yang sama ke bertukar-tukar.
Baca: “Banyak versi cerita dia ni” – Lelaki Jumpa Pakcik Homeless, Ingat Nak Tolong Tapi Rupanya..