Macam yang korang semua tahu, negara kita sekarang telah pun berada dalam fasa peralihan endemik sejak 1 April yang lalu.
Sebentar tadi menerusi Twitter, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengatakan keberkesanan vaksin telah dilihat ketika fasa peralihan ini, di mana hampir 98% kes Covid-19 yang aktif hanya perlu mengasingkan diri di rumah.
PICK telah memastikan bahawa majoriti besar pesakit Covid-19 hanya alami gejala ringan.”
In our transition to endemicity, almost 98% of active COVID-19 cases only have to isolate at home without being referred to hospital. The success of PICK has ensured that the vast majority of COVID-19 patients are only mildly symptomatic. pic.twitter.com/tPr6OrubR4
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) April 8, 2022
Namun begitu, Khairy menegaskan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memantau kes isolasi di rumah melalui Pusat Penilaian Covid-19 secara virtual (VCAC).
Walaupun peratusan yang dirujuk rendah iaitu bawah satu peratus, pemantauan VCAC memberi ketenangan kepada pesakit dan memberi data sebenar kepada KKM.”
Untuk pengetahuan korang, pemantauan VCAC dibuat melalui aplikasi MySejahtera dengan pesakit perlu mengisi alat penilaian kesihatan (HAT) dua kali sehari berhubung gejala mereka.
Data ini diguna untuk mengenal pasti kes yang merosot dan perlu dirujuk ke hospital.
“Sekiranya data HAT pesakit menunjukkan kemerosotan ketara, notifikasi akan dihantar untuk memberi pilihan kepada pesakit datang ke fasiliti kesihatan.”
Selain itu, Khairy turut berkata sebanyak dua juta Pakej Perlindungan Covid-19 telah diedarkan bagi membantu keluarga B40 mengisi HAT dengan baik.
Sebanyak satu juta lagi pakej mengandungi oximeter nadi, termometer, kit ujian dan pelitup muka itu akan diedarkan.”