in

Majikan Bagi Ganjaran Pada Staf Yang Pakai Huawei Tapi Siapa Pakai iPhone Tak Dapat Naik Pangkat!

Buang Iphone Pakai Huawei

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jarang kita dengar majikan ambil peduli dengan gajet atau apa sahaja barangan yang digunakan pekerja kan? Tapi, sebuah syarikat dekat Zhuji, China ni katanya sangat ambil berat dengan smartphone yang semua pekerja dia guna.

Menurut portal, majikan syarikat tu diketahui ‘pilih bulu’ dengan pekerja dia yang tidak menggunakan smartphone jenama Huawei. Satu gambar menunjukkan memo tentang polisi dari syarikat Zhejiang Kangjiesi New Material Technology Co tersebar luas dekat internet dan orang ramai mula bercakap tentang hal tu.


Mana-mana pekerja di syarikat tu yang menggunakan iPhone tidak akan dapat kenaikan pangkat dan akan didenda.

Bagi pekerja yang menggunakan Huawei pula, mereka akan diberi ganjaran.

Memo Polisi
sumber: nextshark

Majikan syarikat tu malah mendedahkan yang polisi baru yang dorang implement tu berjaya setakat ini.

“Setakat ini, semua staf dari management team dah tukar smartphone mereka kepada Huawei untuk menunjukkan sokongan kepada jenama tempatan.”

Katanya, keputusan staf tu semua atas sukarela mereka sendiri dan bukannya kerana dipaksa. Kira-kira separuh daripada 150 kakitangan dekat syarikat tu yang sebelum ni guna iPhone dah pun tukar kepada Huawei.

Sesiapa yang bertukar  kepada Huawei diberikan rebate oleh syarikat ni iaitu 50% untuk eksekutif, 25% untuk pengurus dan 20% untuk kakitangan biasa.

Kebanyakan syarikat di China kini tengah boikot barangan dari US dan Kanada termasuk Apple untuk menunjukkan sokongan mereka selepas Pegawai Ketua Kewangan Global (CFO) Huawei, Meng Wanzhou ditahan kerana kesalahan berkaitan pelanggaran sekatan US.

https://www.facebook.com/Vocativ/videos/366610290779670/

Kalau ye pun nak boikot, janganlah pecahkan macam tu. Mahal kottttttt!

Baca: Survey Menunjukkan Pengguna iPhone Paling Miskin, Orang Kaya Pilih Huawei

Ipone Vs Huawei

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.