Siapa kata duduk rumah tak boleh dapat duit?
Buktinya, seorang suri rumah Roslinda Embran atau lebih dikenali sebagai Lynda Embran atau Miss Rose dan juga seorang gamer telah mendapat pendapatan sebanyak RM18,000 hanya dengan main PUBG!
Wanita yang juga merupakan seorang isteri dan ibu ini berkata, pada awalnya dia hanya mempunyai lima penonton tapi dia tak putus asa. Dia terus cuba untuk improve dirinya dengan meminta nasihat dari online gamers yang lain. Dengan azam yang kuat, akhirnya Lynda dapat meraih pendapatan lima angka sebagai gaji pertamanya.
Dalam temubual bersama Zayan My, Lynda berkata perjalanannya bukan mudah, lebih-lebih lagi bila dia sering menerima komen tentang pilihan yang dia buat.
Dorang cakap, kenapa nak main game? Lagi baik masak dekat dapur. Tak ada kerja ke nak buat?”
Namun wanita ini cuba tak menghiraukan komen-komen dari orang lain dan hanya berkata apa yang dia buat ini adalah pekerjaan dan dia boleh dapatkan duit sendiri dan bantu keluarganya.
Lynda turut berkata, dia tak perlu lagi untuk tunggu dan minta duit suaminya kerana dia dah boleh berdikari dengan buat duit sendiri.
Walaupun wanita ini masih aktif dalam kareer gaming ini, dia mengaku peranannya sebagai isteri dan ibu adalah keutamaannya dan dia cuba bahagikan masa untuk kedua-duanya.
So lepas ni sesiapa yang berminat bolehlah tukar kareer korang.
Baca: “Calon imam yang baik ni” – Walaupun Tengah ‘ON PUBG’ Tapi Tetap Lancar Sambung Baca Ayat Quran