in

Mahu Tingkatkan Produktiviti Pekerja, Syarikat Jepun Ini Bela 9 Ekor Kucing Di Pejabat

F1 Kucing Pej Jepun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Individu yang pelihara kucing mesti struggle kan tunggu habis waktu pejabat sebab nak cepat-cepat balik main dengan haiwan kesayangan kan. Namun, pekerja di sebuah syarikat Jepun ini nampaknya tak perlu tunggu balik rumah untuk main dengan kucing sebab mereka ada bela kucing di tempat kerja!

Menurut laman web People, syarikat Ferray Corporation di Tokyo, Jepun ini telah membela sembilan ekor kucing pada 2017 sebab difahamkan, penghuni apartment di bandar itu lazimnya tidak dibenarkan untuk membela haiwan.


Kucing Syarikat Jepun 1

Jadi, selain untuk meningkatkan produktiviti pekerja, ia juga telah memberi peluang kepada mereka yang tak boleh pelihara kucing untuk main dengan si bulus tu sambil bekerja di pejabat. Genius jugak idea ni kan.

Seperti yang kita semua tahu juga, ada kajian yang mendapati bermain dengan kucing juga boleh bantu kita untuk hilangkan stres.

Komunikasi antara pekerja di pejabat itu juga dilaporkan telah menjadi lebih baik sejak kedatangan kucing-kucing tu sebab mereka sering bermain dengan kucing bersama-sama.

Kucing Syarikat Jepun 2

Yang paling best, dalam usaha untuk memastikaan kucing comel tersebut selesa di pejabat itu, ia turut diberi permainan, makanan dan tempat khas untuk membuang.

Mungkin lepas ni korang boleh try mintak dengan bos korang nak pelihara kucing di pejabat jugak. Kalau stres, boleh rehat kejap sambil main dengan si comel kan.  

Sumber: People

Baca: Ini 2 Sebab Kenapa Kucing Suka Menempel Atas Keyboard Laptop Korang

Kucing Syarikat Jepun

Sumber: People
Sumber: People

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.