in

Mahu Hentikan ‘Asian Hate’, Sesame Street Cipta Sejarah Perkenal Watak Asia-Amerika Pertama, Ji-young

3ss

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rancangan kanak-kanak popular, Sesame Street baru-baru ini memperkenalkan satu watak baru dalam sirinya. Langkah ini diambil oleh pihak produksi Sesame Street bagi mendidik kanak-kanak untuk tidak mempunyai sifat perkauman terhadap bangsa Asia di Amerika Syarikat.

Screenshot 2021 11 20 at 12.15.31 PM

Dalam laporan The Star, Sesame Street memperkenalkan watak Ji-Young yang berasal dari Korea Selatan. Menurut tradisi Korea, nama seseorang itu kebiasaanya mempunyai dua perkataan dan maksud ‘Ji’ itu adalah bijak atau pandai. Manakala ‘Young’ pula membawa maksud berani. Untuk tambahan, ‘Ji’ dalam bahasa Korea juga membawa maksud bijan atau dalam bahasa Inggerisnya ‘sesame’.


Screenshot 2021 11 20 at 12.16.29 PM

Watak Ji-Young diperkenalkan baru-baru ini dan menjadi watak Asia-Amerika pertama dalam siri Sesame Street. Ji-Young berusia 7 tahun dan mempunyai dua minat utama iaitu bermain gitar elektrik dan skateboarding.

Screenshot 2021 11 20 at 12.16.59 PM

Watak Ji-Young diinspirasikan oleh Kathleen Kim, seorang pemain patung puppet yang bekerja bersama produksi Sesame Street sejak tahun 2014.

Screenshot 2021 11 20 at 12.16.00 PM

Kehadiran Ji-Young bersama watak-watak lain dalam Sesame Street adalah untuk memupuk sifat keterbukaan dalam kalangan kanak-kanak mengenai kaum dan bangsa lain di dunia. Idea ini tercetus selepas beberapa insiden ‘Asian Hate-Crime’ yang berlaku di Amerika Syarikat dalam tahun ini.

 

Baca: Rupanya Big Bird Sesame Street Ada ‘Sepupu’, Ini Rupa Watak Itu Di Negara Lain

Screenshot 2021 11 20 at 12.13.25 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.