in

“Made in China kan”- China Bina Hospital Baharu Khas Untuk Pesakit Coronavirus, Siap Dalam 15 Hari Je!

FEATURED 59

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan China membuat keputusan untuk membina hospital kedua di Bandar Wuhan khas kepada pesakit yang dijangkiti virus corona.

Keputusan itu dibuat sehari selepas kerajaan mengumumkan pembinaan hospital pertama di bandar tersebut yang menempatkan kira-kira 11 juta penduduk, lapor Astro Awani.


Fakta menarik mengenai pembinaan hospital tersebut ialah, hospital tersebut dijangka siap dalam masa setengah bulan atau 15 hari sahaja dengan mampu memuatkan kira-kira 1,300 buah katil.

a4d885240fd94f72823e36dcb0f262ed

c1c0bca2b10043f4823bfe017d51f73e

s1.reutersmedia
Sumber: Reuters

Katanya kerja pembinaan hospital pertama tersebut sudah dimulakan dengan jangkaan siap pada 3 Februari ini.

Hospital pertama itu terletak di kawasan luar bandar dan difahamkan bakal dilengkapi dengan taman dan kedudukan hampir dengan tasik.

Hospital pasang siap tersebut akan dilengkapi dengan 1,000 buah katil.

11901650 3x2 700x467 1
Sumber: ABC
138735537 15800470027021n
Sumber: xinhuanet

Syarikat China State Construction Engineering yang merupakan syarikat pembinaan hospital tersebut berkata, disebabkan ia merupakan hospital pasang siap maka pembinaannya tidak memakan masa selain kos yang berpatutan.

 

Baca : Korban coronavirus terus meningkat- [TERKINI] 80 Disahkan Maut Di China, Jumlah Dijangka Terus Bertambah

2 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.