in

“Macam rumah hantu” – Kondisi Kolej Tingkatan Enam Di Melaka Undang Kegusaran Ibu Bapa

Kolej tun fatimah melaka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah (KTETF) atau dahulunya dikenali sebagai SMK Durian Daun merupakan institusi pemusatan tingkatan enam yang pertama di Melaka dan ia menempatkan pelajar-pelajar tingkatan 6 di daerah Melaka Tengah.

Menurut laporan, struktur binaan kolej yang pada asalnya merupakan sekolah harian tersebut dibina pada 1960 dan mempunyai 28 bilik darjah dan kini menempatkan kira-kira 500 orang pelajar.


Pun begitu, baru-baru ini, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) KTETF, Mak Chee Kin melahirkan kegusaran terhadap keadaan kolej berkenaan yang disifatkan seperti sebuah ‘rumah hantu’.

Kolej Tun Fatimah

Dakwa Mak lagi, pelajar masih meneruskan proses pembelajaran di sana walaupun keadaannya yang ‘menyedihkan’ tersebut.

“Lagi seram dari rumah hantu dalam filem” 

Menurut Mak, pelajar-pelajar mengadu yang keadaan kolej mereka disifatkan lebih seram berbanding filem hantu gara-gara tingkap yang jatuh selain kejadian siling jatuh semasa proses pembelajaran berlangsung.

Walaupun begitu, pelajar-pelajar di sana tiada pilihan lain menurut Mak dan beliau turut mendakwa rayuan mereka bagi mendapatkan bantuan dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondisif kepada pihak berwajib tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.

104958921 1183309575350121 1276972233444257422 n

Dakwanya lagi, masalah yang belaku di kolej berkenaan termasuklah paip yang bocor, struktur bangunan yang usang, masalah bekalan air, masalah anai-anai, gelanggang bola keranjang yang tidak boleh digunakan, tempat letak kenderaan dan juga banjir kilat.

Walaupun begitu, sekolah secara kolektif mencapai keputusan yang memberangsangkan dalam perperiksaan STPM iaitu kedudukan nombor 2 terbaik di Malaysia apabila 17 daripada pelajar kolej berkenaan telah meraih PNGK 4.00.

Mak berkata, beliau berharap Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengambil perhatian terhadap keadaan itu dan membantu memperbaiki keadaan di sekolah itu.

Pun begitu, pihak kami telah menghubungi Kolej Tun Fatimah untuk mengesahkan dakwaan yang dilakukan oleh Pengerusi PIBG berkenaan namun pihak sekolah menjelaskan bahawa mereka tidak pasti tujuan kenyataan tersebut dimuat naik dan menegaskan dakwaan tersebut tidak benar.

Menerusi pengamatan di media sosial Kolej Tun Fatimah, keadaan berkenaan kelihatan normal dan tidak seperti dakwaan yang dilakukan Encik Mak berkenaan.

Baca : 4 Kisah Hantu Seram Popular Di Malaysia, No 2 Confirm Pernah Dengar!

collage 5

Sumber: Majoriti
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.