Selama ini, kita sering mendengar dan menonton cerita-cerita lolos dari penjara melalui filem dan novel, namun baru-baru ini insiden itu betul-betul terjadi.
Sebuah video tular memaparkan seorang banduan yang berbaju ungu berjaya meloloskan diri sebelum dimasukkan ke sel tahanan (lokap).
Artikel berkaitan: “Tak dapat mandi 8 hari” – 125 Banduan Fail Petisyen, Dakwa Didera Teruk Oleh Wadar Penjara
Artikel berkaitan: Dipenjara Dari 1983, Pak Jamil Hayat Banduan Seumur Hidup Kini Bebas
Apa yang menarik perhatian ialah, suspek dilihat memanjat dinding sel itu dengan sangat pantas sehinggakan pihak berkuasa tidak sempat mengejarnya.
Laju dia memanjat.
Kes tahanan cabut lari di Kota Kinabalu. pic.twitter.com/Uyg9gbpDbB— Hezeri Samsuri (@HezeriSamsuri) December 18, 2023
Menurut laporan Majoriti, kejadian itu berlaku di Lokap Berpusat Kepayan, Sabah kira-kira pukul 12.30 tengah hari Sabtu lalu.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Shahurinain Jais berkata, tahanan dipercayai memanjat pintu jeriji lokap mengikut tingkap di ruang senaman.
“Seterusnya tahanan keluar dari bangunan lokap dan memanjat pagar luar lokap sebelum melarikan diri.
Petugas lokap mengejar namun gagal apabila tahanan berlari laju ke kawasan belukar berhampiran,” katanya.
Difahamkan, suspek berpakaian lokap berwarna ungu ketika melarikan diri dan sebelum ini dia direman bermula 10 hingga 18 Disember ini atas kesalahan mengikut Seksyen 431 A Kanun Keseksaan.
Sumber: Majoriti