Sewaktu melangsungkan perkahwinan, semestinya pasangan pengantin dirai mahu kelihatan cantik dan paling menyerlah. Mana tidaknya mereka juga ambil masa yang lama untuk bersiap, dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki.
Tapi korang tahu tak, lepas habis saja majlis memang banyak bantuan diperlukan pasangan pengantin ni untuk cabut satu per satu perhiasan dipakai.
Suami membebel, terkejut banyak sangat pin rambut
Seakan sama dengan kisah ini di mana situasi pasangan pengantin yang baru saja habis majlis kahwin mereka ini mencuit hati ramai.
Melalui perkongian di akaun TikTok @suyatini, terlihat situasi dia dan suami baru saja selesai majlis perkahwinan mereka.
Wanita yang dikenali sebagai Tini ini difahamkan, meminta tolong suaminya untuk mengurai sanggul yang telah dibentuk sebab ada banyak pin yang perlu dicabut.
Namun alangkah terkejutnya si suami apabila tengah mencabut pin-pin tersebut. Rupanya di sebalik rambut yang dah dibentuk rapi itu, ada berpuluh pin rambut yang dipasang. Apa lagi terus membebel suami Tini padanya.
Suaminya dilihat tak henti berleter dan terus bercakap, yang pin rambut banyak-banyak inilah punca kepala isterinya pening. Isterinya terus saja gelak sebab tak boleh tahan dengar suaminya membebel macam tu.
@tiniedom Wedding Night 🤵♂️👰♀️ #fyp #tiktokmalaysia
“Inilah realiti sebenar lepas habis majlis, takdenya terus rehat atas katil”
Menjengah ke ruangan komen posting tersebut, ternyata momen itu membuatkan ramai netizen terhibur. Ada yang menyatakan ini realiti pengantin lepas habis majlis kahwin mereka.
Sweet je tengok dorang, tapi bebel tandanya sayangkan? hehe