Gelagat seorang kanak-kanak lelaki bermain kereta mainan menjadi tular apabila kereta itu tersangkut pada rambutnya. Kejadian yang lucu itu dirakam ibunya yang tidak henti-henti menyakat anaknya yang panik meminta pertolongan dari suaminya.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Student Pasrah Rambut Kena Gunting, Tapi Yang Jadi Perhatian Cikgunya
Artikel berkaitan: Kitorang Tak Basuh Rambut Selama Seminggu
Dalam video sama, ayah kanak-kanak lelaki itu cuba melepaskan kereta mainan itu, namun sukar untuk meleraikan belitan kerana rambut anaknya yang kerinting.
Reaksi wajah kanak-kanak itu yang comel seakan tidak bersalah membuatkan warganet geram dengan teletahnya.
Video berkenaan mendapat ribuan tontonan dan komen dari warganet.
“Adik tak salah, rambut yang tebal.
“Comel betul rambut afro tu.
“Itu rambut dik bukan track..hehehe,” antara komen netizen.
Agak-agak berapa lama nak lepaskan kereta mainan tu? Jangan sampai kena potong rambut dah lar yer.