Kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia menjadi satu isu yang hangat diperkatakan di media sosial.
Meskipun mereka ini banyak membantu dari segi pembangunan serta ekonomi tempatan namun ada segelintir daripada mereka yang menjadi punca jenayah di Malaysia serta membuatkan ramai rakyat tempatan bimbang akan keselamatan.
Artikel berkaitan: Tular Video ‘Membuang’ Di Parkir Kereta, Lelaki Warga Asing Serah Diri
Artikel berkaitan: Buat Isyarat Angkat Jari Tengah, Tindakan Pasangan Warga Asing Kantoi Minta Sedekah Buat Ramai Berang
Terbaru, tular di laman X apabila kelihatan beberapa individu warga asing bertindak tidur dan membuat taman permainan seperti ‘rumah’ mereka dengan menggunakan pondok sebagai tempat tidur serta menyidai baju mereka di situ.
Malah, turut kelihatan keadaan kawasan taman permainan itu kotor dan dipenuhi dengan barangan peribadi seperti bantal dan baldi.
Warga asing buat taman permainan tempat tidur. BAHAYA kalau ada budak main dekat taman permainan ni macam macam boleh terjadi . Lokasi Bandar mahkota Cheras. @DrZalihaMustafa pic.twitter.com/OKVPX9OgWN
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) January 3, 2024
Difahamkan, lokasi pebuatan mereka itu adalah di Bandar Mahkota Cheras, Kuala Lumpur, dalam ruangan replies di ciapan tersebut rata-rata ramai yang meminta agar pihak berkuasa untuk melakukan sesuatu.
Perkara itu sudah pastinya menimbulkan rasa kurang senang penduduk di kawasan tersebut dan ada juga yang risau tentang keselamatan anak-anak yang bermain di situ.
Harap ada tindakan lanjut dari pihak berkuasa…
Sumber: X