Seorang pensyarah jemputan dari China di University of Southern California telah dirompak di Los Angeles baru-baru ini. Walaubagaimanapun, Zhou Pigai, profesor di Fakulti Pengurusan Awam Universiti Xiangtan berjaya menyelamatkan diri selepas bergelut dengan perompak bersenjata itu dengan menggunakan seni mempertahankan diri Kung Fu.
Menurut laporan Global Times, Zhou yang dalam perjalanan di sebuah jalan di Chinatown Los Angeles telah diserang oleh seorang lelaki yang memakai pakaian serba hitam dan penutup muka.
Perompak telah mengacukan pistol ke arah Zhou dan beliau kemudiannya menggunakan tangan kirinya untuk menghalang dan tangan kanannya untuk menjatuhkan senjata itu ke tanah.
Zhou kemudiannya melarikan diri bersama barang peribadi yang dibawa bersama. Ketika sedang memeriksa sebarang kecederaan di badannya, perompak itu kembali ke arahnya dan mengambil barangan peribadi Zhou.
Selepas beberapa kali pertempuran, perompak berkenaan berjaya melarikan diri.
Pihak polis masih menjalankan siasatan terhadap kes ini dan kerugian yang dialami oleh Zhou adalah sekitar $3,130.
Baca: Hebat! Lelaki Tenang Sambung Makan Kepak Ayam, Walaupun Perompak Acu Pistol Depan Muka