in

“Kalau bukan Huawei, mungkin Samsung”- Jenis Telefon Bimbit Yang Digunakan Kim Jong-un Jadi Perhatian

F2 Telefon Bimbit Kim Jong Un

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sehingga kini, sukar untuk kita ketahui informasi tentang Korea Utara kerana ia merupakan sebuah negara yang meyimpan banyak rahsia. Kalau buat carian di Google, memang susah nak jumpa berita yang ditulis langsung dari wartawan atau penulis yang tinggal di sana.


Namun, baru-baru ini pula, jenis model telefon yang dipercayai digunakan oleh pemerintah negara itu, Kim Jon-un telah menjadi perhatian ramai.

Ini kerana model telefon yang berada di atas meja di hadapannya itu menyerupai telefon lipat dari jenama Samsung Galaxy Z Flip dari Korea Selatan atau Huawei Pocket S dari China.

3 2

Memetik laporan AFP & Free Malaysia Today, jenis model telefon tersebut jadi perhatian setelah gambar Kim Jong-un ketika majlis pelancaran peluru berpandu balistik antara benua beberapa hari lepas dikongsikan oleh akhbar rasmi Korea Utara.

Dalam gambar tersebut, terdapat sebuah objek yang dipercayai gajet telefon di atas meja di depan Kim Jong-Un.

Jenis model telefon bimbit yang digunakan oleh pemerintah Korea Utara itu telah mencetuskan spekulasi.

Ada yang berpendapat jika gajet tersebut benar-benar merupakan telefon lipat, ia dipercayai telah diseludup masuk ke Korea Utara melalui China.

Untuk pengetahuan semua, Korea Utara telah dilarang untuk mengimport atau mengeksport barangan elektronik oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Sebelum ini, Kim Jong-un dilaporkan meminati gajet-gajet elektronik.

Namun, menurut Agensi Risikan Pusat atau Central Intelligence Agency (CIA), hanya 19% daripada populasi penduduk di Korea Utara yang mempunyai telefon bimbit.

Sumber: AFP & Free Malaysia Today

Baca: “Nyawa kami dihujung tanduk”- Ini Kisah 3 Rakyat Korea Utara Yang Berjaya ‘Boloskan’ Diri Dari Negara Sendiri

Featured 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.