Baru-baru ini, pelakon Rozita Che Wan telah melakukan temubualnya bersama portal terkenal mengenai komen netizen yang menegur wajahnya terdapat garis penuaan ketika dia membuat live memohon maaf atas kekhilafannya tidak menutup aurat dengan sempurna di Kedah Fashion Week.
Menerusi temubual tersebut, Che Ta menegaskan bahawa dia tak kisah dengan teguran netizen tersebut malah mengakui walaupun usianya sudah meningkat, rambutnya masih belum tumbuh uban.
Bagaimanapun, semalam melalui Instagram peribadinya, Che Ta telah memuat naik tangkap layar artikel portal terkenal tersebut dan turut mengutuk headline yang digunakan.
https://www.instagram.com/p/ChZbSchBn_0/
MACAM HANJ**G HEADLINE KAU KAN MS***!!!!!!!!”
Malah di IG Story, Che Ta turut meluahkan perasaannya mengenai tindakan segelintir wartawan yang gemar mengambil komen yang buruk dari netizen dan mengabaikan banyak lagi komen-komen yang baik.
Press pun hanj**g!!! 1000 komen yang baik diorang abaikan, 1 komen BURUK tu yang BEQOK2 (beruk) tu PICK UP! B*RUA!”
Menerusi ruangan komen, ramai rakan selebriti turut bersetuju bahawa headline yang digunakan oleh portal terkenal ini agak melampau namun pada masa yang sama turut terhibur.
Sabar je lah Che Ta…
Baca: “Saya tua, tapi masih tiada uban” – Ini Respon Che Ta Lepas Netizen Tegur Muka Nampak ‘Kedut-kedut’