Korang ingat lagi tak lagu Sandarkan Pada Kenangan, duet Siti Sarah bersama Datuk Jamal Abdillah.
Lagu berkenaan pernah mengungguli carta radio dan hits sekitar tahun 2003.
Mengenang kembali memori lagu berkenaan, Siti Sarah tampil belanja korang gambar ‘sewaktu gandingannya bersama Datuk Jamal suatu ketika dahulu. Fuhh merecik!
Menerusi laman Instagram, Siti Sarah telah memuatnaik fotonya bersama Datuk Jamal dengan kapsyen “Apa persaan Datuk Jamal masa tu?” – mengundang usikan netizen.
Selain netizen, suami Sarah yang juga pelawak, Shuib juga sempat mengusik style rambut Sarah dengan menyamakan dengan “sekebun rambut”.
Hmm best juga layan komen netizen.. macam-macam diorang samakan rambut Sarah!
Baca: Tampil Dengan Gaya Rambut Blonde, Peminat Puji Siti Sarah Persis Barbie Doll