Disebabkan melanggar lampu isyarat dan terlalu panik dikejar polis trafik, penunggang motosikal enggan berhenti kerana dikejar oleh mereka, pihak polis trafik bertekad untuk melepaskan tembakan kepada penumpang berumur 21 tahun ini.
Kejadian kira-kira pukul 10 pagi di Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar itu berlaku ketika pemuda terbabit, Muhammad Alif Aiman Anuar, membonceng motosikal jenis Sym ditunggang rakan lelakinya.
Tembak dan pergi begitu sahaja bila lihat tak ada buat salah
Ibu kepada pemuda itu, Hashimah Mahmood, 49, mendakwa, rakan anaknya enggan memberhentikan motosikal walaupun telah diarahkan berbuat demikian oleh anggota polis terbabit kerana tiada lesen memandu.
“Anak saya beritahu mereka dikejar anggota polis bermotosikal atas kesalahan melanggar lampu isyarat.
“Rakan anak enggan memberhentikan motosikal walaupun telah diminta anak kerana terlalu panik disebabkan tidak mempunyai lesen memandu,”
Lapor Kosmo, anaknya terjatuh daripada motorsikal dan anggota polis menahan kedua-dua mereka serta membuat pemeriksaan beg.
Sungguhpun begitu, ibunya kesal dengan tindakan pihak polis yang menembak anaknya kerana pergi begitu sahaja apabila tidak menemui barang salah.
“Anggota polis itu kemudian berlalu pergi dan anak saya yang dalam keadaan berlumuran darah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini oleh majikannya,”
“Tahan dan saman sahaja, bukannya melepaskan tembakan seperti anak saya melakukan jenayah berat,”
Mungkin cacat akibat tembakan
Tambahnya, kejadian berlaku ketika anak ketiga daripada lima beradik yang bekerja sebagai tukang paip itu dalam perjalanan untuk memasang paip di sebuah rumah berdekatan.
“Saya sedih mengenangkan nasib anak yang mungkin cacat akibat tembakan pada tangannya itu,”
Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Baca : Langgar Polis Trafik, Pelajar Dipenjara Tiga Bulan & Lesen Digantung