Kebersihan itu sesuatu yang sangat penting tidak kira di mana kita berada, lebih-lebih lagi di tempat atau fasiliti awam.
Sebagai pengguna, kita mesti menginginkan fasiliti yang terbaik jika menggunakan sesebuah perkhidmatan seperti pusat jagaan atau hospital.
Terbaru, seorang wanita menzahirkan rasa kecewa dalam sebuah perkongsian di Facebook apabila air paip di Hospital Machang, Kelantan kelihatan sangat keruh sehingga mempunyai warna seakan air kopi.
“Air dalam wad kanak-kanak Hospital Machang, nurse kata tak mandi semua ibu-ibu dekat situ, lepas kencing berak budak macam mana?
Tandas dekat parking kereta tu okay, dalam kecemasan pun keruh tapi tak berkarat macam dalam wad, bukan minta dikecam hanya sekadar berkongsi” tulisnya.
Perkara itu menimbulkan kemarahan ramai netizen marah kerana fasiliti kerajaan tidak sepatutnya begitu, malah lebih menyedihkan ia wad kanak-kanak di mana air yang bersih menjadi keperluan untuk ibu-ibu dan anak-anak.
Pekat betul keruhnya, harap selesai lah masalah ni secepat mungkin…
Baca: Pengarah Hospital Tarik Balik Larangan Guna ‘Food Delivery’ Lepas Dikecam Ramai