Berikutan dengan peningkatan kes Covid-19 dari 428 ke 533, ia sudah semestinya mencetuskan rasa bimbang orang ramai terhadap gejala ini.
Antara golongan yang menjadi ‘ancaman’ virus ini adalah mereka yang baru sahaja pulang dari travel, lebih-lebih lagi dari negara yang mencatatkan kes tinggi terhadap virus ini seperti Jepun.
Sudah semestinya jadi bimbang dan sebagai individu yang prihatin pastinya akan rasa bimbang untuk berhadapan dengan orang, tapi lain pula dengan individu ini.
Macam aku pula bawa penyakit”
Ketika dinasihati untuk kuarantinkan diri kerana baru pulang dari negara terbit matahari awal bulan lalu, dia nak melenting dekat kawannya ini.
Dia menidakkan bahwa dirinya terkena jangkitan, sehingga menegaskan ramai sahaja rakyat Malaysia sendiri dah kena virus tersebut kerana nasihat itu telah disalah tafsir ingatkan dirinya adalah punca utama pembawa virus tersebut.
https://twitter.com/Heypopoi/status/1239370633521156096
Perbualan mereka menjadi lebih tegang apabila individu tersebut labelkan wanita ini sebagai antara rakyat yang kolot.
Ketika dinasihati lagi untuk dengar berita sahih daripada KKM, ditepisnya pula dengan kata-kata ego yang menyatakan dirinya itu ada ramai client daripada sektor awam.
Lebih teruk lagi dengan peningkatan kes ini, dia siap menegaskan lagi bahawa keadaan sekarang sudah tenang, rakyat yang sengaja menghuru hara kes virus yang membimbangkan ini.
Siap anggap kawannya itu menuduh yang dia ni pembawa penyakit, baca ni.
Rata-rata netizen yang membaca mesej ini jadi sakit hati kerana sikapnya yang ambil mudah pasal virus yang boleh membawa maut ini.