in

“Macam action movie” – Netizen Puas Hati Polis Guna Taktik ‘Parking Bas’ Halang Geng Motor

Geng Motor Polis Jb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Cubaan melarikan diri daripada sekatan jalan raya mengundang padah apabila sekumpulan penunggang motosikal ditahan dalam operasi khas bersepadu membanteras samseng jalanan di jalan pantai Skudai Pantai Lido, Johor Bahru, baru-baru ini.

Kejadian itu turut dirakam melalui dashcam seorang pengguna jalan raya sebelum ditularkan di media sosial.


Dapat dilihat dalam video tular itu, polis menggunakan taktik ‘parking bas’ dengan menggunakan dua buah bas bagi menghalang kumpulan motor yang cuba melarikan diri.

Artikel berkaitan: Tular Video Geng Rempit ‘Berjemaah’ Guna 2 Lorong Lawan Arus, Ini Puncanya…

Artikel berkaitan: “Macam semut” – Mat Moto Bertempiaran Lari Lepas Nampak Sebuah Kereta Polis

Memetik sumber Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata, tindakan itu membuahkan hasil apabila 286 individu bersama 257 buah kenderaan telah diperiksa.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 115 motosikal telah disita di bawah seksyen 64, Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 bagi pemeriksaan lanjut” katanya.

Katanya, operasi dua hari itu bermula pukul 5 petang hingga 1 pagi membabitkan lebih 100 pegawai dan anggota penguatkuasa dari pelbagai agensi.

Macam action movie!

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berpuas hati melihat taktik yang digunakan anggota polis menumpaskan kumpulan samseng jalan raya itu.

Screenshot 2024 08 26 144330 Screenshot 2024 08 26 144346 Screenshot 2024 08 26 144411 Screenshot 2024 08 26 144435

Selain saman JPJ, Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut mengeluarkan 46 saman kompaun dan 52 notis arah periksa terhadap individu yang menunggang motosikal yang mengeluarkan bunyi melebihi paras yang ditetapkan.

Sumber: Buletin TV3, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.