Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan penceramah Ebit Lew ini, pasti sudah sedia maklum bahawa dia menjalankan Kem Transgender untuk mendorong golongan-golongan mak nyah ke pangkal jalan.
Salah seorang yang turut sertai dalam kem tersebut adalah ‘rakan baik’ Safiey Illias. Ternyata program tersebut memberikan impak kepada diri mereka masing-masing.
Terngadah dengan dakwah dan pendekatan moral yang diberikan, luahan mengharukan Safiey Ilias menerima sokongan dan dorongan netizen.
Maafkan apit mak dan ayah . Sebab selalu kecewakan mak dan ayah .
” Maafkan apit mak dan ayah . Sebab selalu kecewakan mak dan ayah . Maafkan apit sbb apit org kg cakap “anak jantan sorg jadi penagih… anak jantan sorg jadi pondan..” .
Maafkan apit sebab xdpt jadi anak yg baik . Semoga segala amal apa yg apit buat mengalir pahala untuk mak dan ayah . Maafkan apit sebab jarang balik kg .
Terima kasih sebab berkat doa mak dan ayah apit berjaya dalam semua exam dpt A kecuali SPM 8A 1B . Terima kasih sebab doa mak dan ayah apit berjaya dalam bisnes . Terima kasih sebab doa mak dan ayah otak apit cepat hafal dan faham apa jua ilmu yg apit dapat .
Semoga kesabaran mak dan ayah doakan apit berubah one day jadi lelaki ALLAH GANTI DENGAN SYURGA FIRDAUS sebab sabar dengan ujian . Amin .
Tq ustaz @ebitlew . Malam terakhir esok dh bersurai . Bertemu kerana Allah , berpisah kerana Allah . Itulah manis keluar dakwah. “
.
Ibu bapa mana lah yang tak rasa kecewa apabila anaknya menyimpang jauh dari landasan. Sudah semestinya akan menerima bermacam-macam tohmahan akibat perubahan fitrah yang dilakukan.
Bagaimanapun, kalau ikuti perkembangan Safiey Ilias ini, dia bersikap lebih terbuka untuk menerima dakwah. Disebabkan itu, dakwah melalui Kem Transgender di bawah kelolaan Ebit Lew ini membuatkan Safiey atau panggilan Apit memohon maaf kepada ibu bapanya.
Jangan mengalah mencari reda Allah – Netizen
Umumnya, Safiey Illyas pernah kembali ke fitrah asal sebelum ini, namun berubah semula menjadi mak nyah. Bermacam-macam jenis kecaman yang diterima.
Tapi dalam luahan ini, rata-rata netizen menyokong dan mendoakan agar Safiey Illias berubah dan istiqomah disisi Allah.
Dakwah kasih sayang bersama mak nyah (video penuh)
Baca :Netizen Pelik Safiey Illias Mampu “Maintain” Kepit Suara Walaupun Tengah Kena Rasuk