Saban hari, serangan terhadap negara Palestin dilihat semakin merisaukan dan kita dapat lihat banyak negara yang sudah mula menyatakan sokongan terhadapnya.
Serangan bertubi-tubi daripada pihak Israel setakat ini telah mengorbankan ratusan ribu nyawa dan banyak klip-klip keganasan mereka yang tular di media sosial.
Artikel berkaitan: “Hati-hati guys” – Individu Dedah Ada Orang Menyamar Jadi Warga Palestin, Minta ‘Gift’ Di TikTok
Artikel berkaitan: “Detik bersejarah” – PMX Ucap Tahniah Ireland, Norway & Sepanyol Iktiraf Negara Palestin
Muhammad seorang penduduk Gaza yang telah pun syahid menulis:
“Wasiat ku kepada mu: Jika aku mati dan syahid dalam perang ini, Aku tidak akan memaafkan pemimpin Arab yang mengecewakan harapan kita.”
“Kami telah menjalani hari-hari yang sukar tanpa makanan dan dalam kepungan.… pic.twitter.com/qBQaCy6mqY
— Faisal Aziz ☕️?? (@faisalazizfa) May 27, 2024
Satu nota terakhir warga Palestin yang didakwa telah meninggal dunia disebabkan serangan Israel tular di aplikasi X.
Difahamkan, nota yang juga sebuah wasiat itu ditulis oleh syahid Muhammad Abdul Qadir Al-Husseini pada 25 Mac lalu sebelum dikongsi pengguna media sosial X @faisalazizfa sejak semalam.
“Wasiatku kepada mu, jika aku mati dan syahid dalam perang ini, aku tidak akan memaafkan pemimpin Arab yang mengecewakan harapan kita.
Kami sudah menjalani hari-hari yang sukar tanpa makanan dan dalam kepungan. Rambutku sudah berubah menjadi kelabu walaupun umurku masih muda. Semoga Tuhan tidak akan memaafkan kamu dan tidak akan memberkati kamu.
Demi Allah, aku akan mengadu kepada Maha Pencipta tujuh lapisan syurga perbuatan kau. Maafkan aku, ibu. Aku amat menyayangimu. Jangan tangisi pemergianku,” tulisnya.
Apa yang menyayat hati, dalam tulisan itu, ada juga amanat yang diberikan olehnya kepada negara Malaysia serta beberapa negara lain.
“Mesejku kepada kepada masyarakat Mesir, Yaman, Jordan, Lubnan, Algeria, Sudan, Tunisia dan Malaysia, aku meletakkan kepercayaan kepada anda semua untuk tidak mengabaikan Gaza.
Aku merayu dan menggesa anda semua untuk melindungi Gaza. Aku amat menyayangi kalian semua. Mohon jangan kecewakan harapan kami.
Sesiapa yang menjumpai mesej ini, aku mohon sebarkan,” katanya.
Setakat artikel ini ditulis, ciapan tersebut sudah mendapat repost sebanyak 8.4k serta lebih 7.5k likes.
Sumber: X