Alam semula jadi ini penuh dengan misteri yang menakjubkan. Mungkin sebelum ini kita pernah dengar atau lihat fenomena luar biasa di mana dua lautan terbelah, menyerlahkan dua tona warna laut yang berbeza.
Baru-baru ini, kecoh di laman Twitter berkenaan fenomena ‘langit terbelah’ di serata negara Jepun, di mana kelihatan sekumpulan awan yang terhenti secara lurus pada satu ruang di langit.
Melihat pada ciapan tular tersebut, separuh dari ruang di bahagian langit kelihatan dilitupi dengan awan, manakala separuh lagi menunjukkan langit biru yang sangat jelas.
雲がすごい pic.twitter.com/ivYkTZBloD
— ℕ𝕖𝕚ℕ𝕖𝕚 (@neinei_ninja250) December 20, 2021
Lebih menakjubkan, pemilik gambar ini bijak menggunakan kabel pada tiang elektrik sebagai penanda aras melihatkan pembentukan awan yang lurus itu.
Tidak hanya terlihat di satu tempat, ramai lagi netizen dari negara tersebut yang turut berkongsikan gambar yang mereka ambil berkenaan fenomena itu di serata tempat.
Shikoku
Kejadian sama berlaku di Shikoku, di mana gambar yang jelas diambil oleh netizen dari atas jambatan.
Hiroshima
Ada juga pengguna Twitter dari Hiroshima turut berkongsikan foto kejadian luar biasa itu dari kawasan hutan.
Okayama
Seorang pengguna Twitter dari Okayama turut berkongsikan pengalamannya melihat langit terbelah pada pagi hari kejadian.
Petanda sebelum gempa bumi?
Ada juga sesetengah netizen Jepun yang menghantar ciapan foto awan terbelah itu dan menyifatkan fenomena ini sebagai ‘awan gempa bumi; atau jinshingumo.
Walau bagaimanapun, jinshingumo hanyalah disifatkan sebagai khabar angin atau mitos dari rakyat tempatan, di mana saintis tidak mempunyai sebarang bukti bahawa pembentukan awan tersebut adalah tanda-tanda gempa bumi.
Menurut sumber, fenomena cuaca ini berkemungkinan disebabkan oleh pelanggaran dua jisim udara atau dikenali sebagai front.
Cantik, kan? Memang tak dapat diduga langsung lukisan dari alam semula jadi ini. Serba kemas dan serba indah.
Sumber: Mothership Sg
Baca: Hujan Batu Permata? 7 Fenomena Cuaca Ini Tak Berlaku Di Bumi Tapi Di Planet Lain!