in

“Lockdown pun menyempat!” – KEJAM! Lelaki Tikam Mata Budak 7 Tahun Sebelum Rogol Sebab Takut Kena Cam

Collage 55

Sementara dunia tengah sibuk duduk di rumah untuk melawan pandemik Covid-19, ada juga orang-orang yang sanggup keluar semata-mata untuk melampiaskan nafsu serakah dorang.

Macam insiden yang berlaku di Madhya Pradesh, India baru-baru ni. Seorang kanak-kanak berusia 6 tahun telah dirogol dan matanya ditikam di sebuah rumah tinggal berhampiran dengan rumah kanak-kanak tersebut.

Menurut Daily Star, ketika hari kejadian, budak malang ini hilang selepas dia diajak pergi ke suatu tempat oleh seorang lelaki masa dia tengah main dengan kawan-kawannya.

Keesokan paginya, budak perempuan ini ditemui tak sedarkan diri di sebuah rumah tinggal dengan tangannya diikat dengan tali dan mata berdarah.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital dan doktor telah membuat pembedahan kecemasan. Nasib baik matanya sempat diselamatkan dan tak ada kecederaan yang serius.

0 Screen Shot 2020 04 24 At 030547

Menurut pihak berkuasa di sana, perogol kanak-kanak tersebut sengaja menikam mata mangsa kerana tak mahu dicam.

Pun begitu, selepas pihak polis menawarkan 10,000 INR (RM572), suspek yang merupakan seorang lelaki berusia 20 tahun, Sachin Sen berjaya diberkas.

Kalau korang nak tahu, ini merupakan kes rogol ketiga di India selepas lockdown dilaksanakan. Sebelum ini di negeri yang sama, seorang wanita buta turut mendakwa dirinya telah dirogol oleh seorang lelaki tak dikenali selepas dia ditinggalkan bersendirian kerana suami dan keluarganya stuck di Rajasthan gara-gara lockdown.

Apa masalah dorang ni?

 

Baca: Inspektor Polis Didakwa Culik & Rogol 2 Wanita Semasa Sekatan PKP!

Screenshot 2020 04 24 At 1.38.08 Pm