Disebabkan ramai antara korang yang tak ada masa untuk baca semua benda yang berlaku sepanjang minggu, #LobakMerahTOP5 akan senaraikan rangkuman kisah paling viral dan sensasi yang berlaku pada minggu ini untuk korang catch up.
Jom tengok apa berita yang best minggu ni!
1. Update kes kematian Zayn Rayyan
Minggu lalu, kita semua dikejutkan dengan berita pembunuhan seorang kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin selepas dia dilaporkan hilang ketika bersama dengan ibunya selepas pulang dari sekolah.
Terbaru, seramai tiga individu yang dipercayai penagih dadah ditahan setelah mass DNA screening (ujian DNA beramai-ramai) dijalankan di Apartmen Idaman, Damansara Damai.
Namun, menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan penangkapan itu tiada kena-mengena dengan kes pembunuhan Zayn Rayyan.
Selain itu, pihak polis juga turut mengesan dua kanak-kanak yang dipercayai merupakan antara yang terakhir melihat Zayn Rayyan.
Salah seorang saksi ini juga turut dilihat telah membuat lakonan semula untuk Pasukan Forensik dari IPK Selangor.
Operasi pencarian bahan bukti hari ke-9 kes bunuh Zayn Rayyan menyaksikan dua kanak-kanak yang dipercayai saksi, membuat lakonan semula untuk Pasukan Forensik dari IPK Selangor dan Bukit Aman. pic.twitter.com/9VcM7AZExO
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) December 15, 2023
2. Pemandu trak pikap langgar empat beranak
Baru-baru ini, berlaku satu kemalangan di susur keluar (Exit 904), Lebuhraya Sungai Besi di mana seorang pemandu trak pikap merempuh sebuah motosikal yang dinaiki suami isteri serta dua anak mereka.
Ekoran ini, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Rabu memerintahkan pemandu trak itu membayar denda RM 6,000 kerana melanggar motosikal ditunggang empat beranak itu.
Tindakan pemandu ini yang sempat dirakam oleh dashcam sebuah kenderaan lain telah mendapat kecaman oleh netizen. Namun, wanita yang juga merupakan mangsa kemalangan telah meminta para netizen untuk menghentikan kecaman terhadap pemandu tersebut.
Ini kerana, pemandu tersebut telah membantunya dan meminta maaf beberapa kali serta turut mengaku salah dan membawa mereka ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
https://twitter.com/Tfsgxy_/status/1734500999140880849
Artikel berkaitan: “Berulang kali minta maaf” – Keluarga Kemalangan 4 Beranak Minta Jangan Kecam Pemandu Trak
3. Isteri terkejut, suami baru dinikahi rupanya seorang wanita
Tular di Indonesia apabila seorang wanita yang baru berkahwin mendapat tahu bahawa suaminya merupakan seorang wanita apabila, “suaminya” itu enggan menyentuh dirinya walaupun telah berkahwin selama tiga hari.
Dikatakan, ketua kampung wanita tersebut mulanya berasa curiga apabila mendapat tahu ada seorang lelaki mahu meminang wanita tersebut dan mahu membuat majlis besar-besaran. Tapi ‘lelaki’ tersebut mendakwa kad pengenalannya telah diambil gara-gara keluarganya tak setuju dengan perkahwinan tersebut.
Namun, timbul pula isu lain apabila mengetahui lelaki itu meminjam wang daripada penduduk kampung itu untuk melangsungkan perkahwinan. Jadi, berlaku pergaduhan sehingga lelaki itu dibawa ke pejabat daerah untuk menyemak identitinya.
Apabila disemak, rupa-rupanya lelaki itu adalah seorang wanita asal Kalimantan. Dia memalsukan identitinya demi menikahi kekasihnya. Abdullah berkata bukan pihaknya sahaja tertipu bahkan keluarga mempelai wanita juga tidak tahu identiti sebenar lelaki itu sebelum berkahwin.
Artikel berkaitan: Curiga Tak Disentuh Lepas 3 Hari Berkahwin, Rupanya Suami Adalah Wanita
4. Trailer filem terbaru Fattah Amin dikecam gara-gara…
Poster dan trailer yang dikeluarkan filem terbaru lakonan Fattah Amin bertajuk Pendekar Awang: Darah Indera Gajah. telah menerima kecaman daripada beberapa pihak yang mendakwa kostum dan props yang digunakan di dalam filem itu dikatakan tidak tepat dengan sejarah budaya Melayu.
Menerusi perkongsian individu bernama Suhaimi di Facebook, dia menyatakan beberapa perkara yang tidak logik di dalam filem itu, salah satunya berkenaan kostum para wanita yang turun berperang.
Kostum berkenaan dikatakan ‘buang tebiat’ kerana memakai jubah bertutup litup dalam persekitaran hutan tropika yang bersuhu dan berkelembapan yang tinggi.
Tambahnya lagi, busur yang digunakan di dalam poster berkenaan juga tidak tepat kerana ia kelihatan seperti busur di kalangan orang Parsi, Turki, Mongol dan utara India.
Busur Melayu menurutnya kemungkinan dibuat dari batang-batang buluh, rotan atau kayu yang ada kaedah cantuman minima yang dilakukan dengan lilitan rotan atau bambu yang dianyam.
Artikel berkaitan: “Buang tebiat berperang pakai jubah” – Belum Lagi Ditayangkan, Pendekar Awang Terima Teguran Netizen?
5. Guru besar tampar murid?
Baru-baru ini, satu video tular menunjukkan seorang guru menampar seorang murid di bahagian dahi dan seterusnya menolak murid itu ke tepi ketika berada di pentas.
Video tersebut juga difahamkan telah dirakam oleh seorang guru lain yang mendakwa dia tidak kisah jika disaman berkaitan hal tersebut.
SIAL PERANGAI CIKGU NI! DIA TAMPAR BUDAK DEPAN ORANG RAMAI!
TERIMA KASIH CIKGU YANG DAH VIRAL KAN VIDEO NI. HARAP CIKGU NI DI BUANG KERJA WALAUPUN MIN TAHU KERAJAAN MEMANG SUSAH NAK BUANG KAKITANGAN, WALAUPUN ORANG TU BERMASALAH! pic.twitter.com/mWZxVjeUz6
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) December 13, 2023
Ekoran ini, Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menjalankan siasatan berhubung rakaman video tular dan mengharapkan agar insiden ini boleh diselesaikan dengan segera.
Artikel berkaitan:Tular Video Murid Ditampar Guru Depan Orang Ramai, Netizen Minta KPM Ambil Tindakan