Setiap hari mesti ada je kan cerita-cerita viral yang berlaku di Malaysia sampai kadang-kadang susah betul kita nak ikuti semua. Tapi pada masa yang sama kita pun tak naklah terlepas isu-isu semasa yang tengah berlaku sekarang ni kan?
Jadi macam biasa, #LobakMerahTOP5 akan senaraikan berita-berita hangat, sensasi dan viral yang berlaku pada minggu ini supaya korang sentiasa up-to-date dengan isu semasa yang berlaku di Malaysia sekarang.
1. Pembunuhan Dr Moumita
Baru-baru ini, berlaku satu pembunuhan kejam melibatkan seorang doktor wanita berusia 31 tahun di India.
Pada malam 8 Ogos lalu, Dr Moumita telah dirogol beramai-ramai dengan kejam ketika sedang berehat selepas menamatkan syif selama 36 jam.
Lebih menyedihkan, keputusan bedah siasat menunjukkan bahawa dia telah dirogol dan dicekik sehingga mati. Sebanyak 150ml air mana telah ditemui pada tubuh doktor wanita ini iaitu satu jumlah yang jauh lebih banyak berbanding air mani yang dikeluarkan oleh seorang lelaki iaitu hanya sekitar 10ml sahaja.
Tak cukup dengan itu, tulang hyoid (tulang leher) patah, luka pada bibir, tulang pelvis iaitu antara tulang paling kuat pada tubuh manusia patah, pendarahan dari mulut, kerosakan dan pendarahan pada kedua-dua belah mata, kecederaan pada perut dan kaki kiri, jari manis patah, dan beratus-ratus kesan gigitan dikesan pada seluruh tubuhnya.
Artikel penuh: “Takde hati perut!” – Kronologi Pembunuhan Kejam Dr Moumita Debnath, Dir*gol Hampir 20 Lelaki Ketika Sedang Berehat
2. Atlet terjun Sarawak dapat pujian di SUKMA
Seorang penerjun dari Sarawak telah menjadi bualan ramai susulan aksi terjunannya dalam acara 3 meter papan anjal lelaki yang menakjubkan sehingga meraih perhatian ramai di media sosial.
Dalam video tular itu, penerjun Elvis Priestly telah mempamerkan terjunan berkualiti dan hanya menghasilkan percikan air yang minimum.
Hasil persembahan yang diberikan, atlet berusia 18 tahun itu telah berjaya memenangi pingat emas untuk kontinjen tuan rumah.
Rata-rata netizen berasa terpukau dan memuji aksi terjunan yang dipamerkan atlet Sarawak ini dan berharap atlet ini akan terpilih untuk menjadi calon penerjun di Olimpik Los Angeles (LA) 2028 kerana dilihat memberi persaingan hebat seperti penerjun China.
Artikel penuh: “Ingatkan guna jarum” – Rupanya Macam Ini Cara Tali Seluar Dimasukkan Ke Dalam Getah Pinggang Di Kilang Pakaian
3. Syamsul Yusof fail penceraian ke atas Ira Kazar
Pengarah terkenal Syamsul Yusof, 40, dikatakan sudah memfailkan perceraian dengan isterinya Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.
Memetik laporan daripada Harian Metro, sumber berkata tindakan itu dibuat selepas tidak ada lagi persefahaman antara mereka.
Namun begitu sehingga kini tiada pengesahan dari Syamsul mahu pun Ira Kazar. Manakala, bekas isteri pengarah ini, Puteri Sarah dan bapanya Yusof Haslam enggan memberikan komen serta mengatakan mereka tak tahu mengenai perkara tersebut.
Artikel berkaitan: Syamsul Yusof Didakwa Failkan Perceraian Terhadap Ira Kazar Hari Ini
4. Anak dimarahi cikgu kerana tak pandai membaca
Satu perkongsian video oleh @june_erniey di TikTok, memaparkan anak perempuannya yang sedih kerana dimarahi cikgu gara-gara tidak lancar membaca.
Pada mulanya, June mendapat firasat bahawa anaknya sedang memendam sesuatu setelah pulang dari sekolah. Sudah ditanya beberapa kali, namun anak perempuannya hanya tersenyum seperti tiada apa yang terjadi.
Selepas didesak, kanak-kanak ini telah memberitahu yang dia telah dimarahi dan dirotan cikgu kerana tidak mahir membaca.
Rata-rata netizen memuji tindakan June yang tidak cepat melatah dan menasihatkan anaknya untuk sentiasa kuat semangat serta mengakui salah sendiri.
Artikel berkaitan: “Kuat firasat ibu” – Dimarahi Cikgu Sebab Belum Pandai Membaca, Luahan Murid Ini Bikin Sebak
5. Suami hilang setahun rupanya ada wanita lain
Muhammad Zhacky, suami pempengaruh Indonesia, Aprila Majid yang didapati hilang sejak 4 Mei 2023 akhirnya ditemui di Palembang, Indonesia dengan bantuan media serta media sosial, namun pertemuan tersebut berakhir dengan kehampaan.
Rupanya, suaminya itu mempunyai hubungan dengan wanita lain dan meninggalkan isteri serta dua anaknya dalam kekeliruan.
Aprila mendapat tahu keberadaan suaminya itu daripada seorang netizen, yang memberitahu suaminya itu berada di sebuah pawagam di Palembang. Video Aprila menerjah suaminya itu tular di media sosial.
Dalam sebuah podcast, Aprila mendedahkan dia meminta petunjuk tuhan sepanjang penerbangannya ke Palembang dari Jakarta.
Malah, dia bernazar jika memang dia harus berpisah dengan suaminya, dia akan memberikan semua mahar-mahar pernikahannya kepada orang lain dan disumbangkan kepada orang yang memerlukan.
Artikel berkaitan: “Hilang sejak 2023” – Suami Hilang Selama Setahun, ‘Influencer’ Indonesia Terkedu Rupa-rupanya…