Setiap hari mesti ada je kan cerita-cerita viral yang berlaku di Malaysia sampai kadang-kadang susah betul nak kita nak ikuti semua. Tapi pada masa yang sama kita pun tak naklah terlepas isu-isu semasa yang tengah berlaku sekarang ni kan?
Jadi macam biasa, #LobakMerahTop5 akan senaraikan berita-berita hangat, sensasi dan viral yang berlaku pada minggu ini supaya korang sentiasa up-to-date dengan isu semasa yang berlaku di Malaysia sekarang.
1. Aliff Aziz & Ruhainies kena tangkap basah, Bella fail penceraian
Minggu lepas (9 Mac), kita semua dikejutkan dengan berita Aliff Aziz dan Ruhainies telah ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), kerana berdua-duaan di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.
Kemudian pada Rabu lalu, isteri Aliff, Bella yang ditemani ibunya, Zarina dan adiknya, Didi Astillah telah hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi sebutan kes perceraian yang dibuatnya pada Isnin, 11 Mac 2024.
Menerusi beberapa temubual, Bella turut memberitahu bahawa Ruhainies yang juga rakan baiknya itu langsung tidak menghubunginya selepas insiden tersebut namun mengatakan yang dia telah memaafkan pelakon tersebut.
Selepas hampir lima hari ditangkap khalwat, Ruhainies dan Aliff Aziz akhirnya memberikan kenyataan berhubung perkara tersebut serta menceritakan apa yang terjadi pada malam itu.
Kedua-dua mereka memuat naik kenyataan tersebut di laman Instagram masing-masing dan mengakui kekhilafan serta memohon maaf atas insiden yang berlaku.
Artikel berkaitan: “Saya sampai jam 11.30” – Kakak Ruhainies Tunjuk Mesej Perbualan, Nafi Jawi Datang 3 Pagi
2. Kurma Israel dirampas
Baru-baru ini, Caprice melalui Instagram telah mengeluarkan isu mengenai kurma keluaran Israel yang dikatakan telah dijual secara terbuka di pasaran Malaysia.
Ekoran ini, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah merampas 73 pek buah kurma ‘Organic Jumbo Medjool Dates’ yang dipercayai produk dari Israel.
Kurma seberat 14.6kg bernilai RM678 itu telah dirampas di sebuah gudang sekitar Klang. Serbuan dibuat pada jam 11.30 pagi, susulan tularnya video di media sosial berkaitan sebuah premis menjual buah kurma berkenaan.
Manakala, Syarikat Matahari Sdn Bhd telah tampil memohon maaf terhadap rakan kongsi termasuk pelanggannya berhubung isu rampasan terbabit. Matahari dalam satu kenyataan media berkata pihaknya menerima produk kurma tersebut dari pembekal yang berada di Greece.
Jelas syarikat itu, mereka mengakui terlepas pandang berhubung asal usul produk terbabit sewaktu proses pelabelan.
Artikel berkaitan: Kastam Rampas 73 Pek Kurma Dipercayai Dari Israel, Netizen Puji Usaha Caprice Tularkan Isu
3. Pesawat terhempas di Klang mungkin kerana lebih muatan?
Pada 13 Februari lalu, kita dikejutkan dengan berita di mana terdapat sebuah kapal terbang terhempas di sebuah ladang kelapa sawit di Kapar, Klang dan mengorbankan nyawa juruterbang serta seorang penumpang.
Terbaru, hasil siasatan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) serta Kementerian Pengangkutan (MOT) mendapati pesawat ringan itu mempunyai berat melebihi had berat maksimum ketika berlepas serta BSKU mendapati aktiviti penyelenggaraan pesawat itu tidak teratur.
Selain itu, difahamkan pesawat ringan Blackshape BK 160TR itu juga diselenggara oleh juruteknik yang tidak bertauliah. Namun, juruterbang pesawat itu bagaimanapun telah dilesenkan dengan betul dan layak untuk melakukan penerbangan, selain pesawat juga mempunyai pensijilan kelayakan udara yang sah.
Artikel berkaitan: “Berkemungkinan pecah di udara” – Kapal Terbang Terhempas Di Klang Berkemungkinan Melebihi Muatan
4. Kate Middleton hilang?
Akhir-akhir ini kecoh di media sosial apabila ramai mempersoalkan bahawa Puteri Wales, Kate Middleton telah lama menghilangkan diri dari pandangan awam.
Desas-desus kehilangan Puteri Wales ini mula menular selepas tiada sebarang gambar dari Istana Kensington mahu pun paparazi yang menunjukkan keadaan Kate selepas dia diumumkan telah menjalani pembedahan perut pada Januari lalu.
Kate kali terakhir dilihat meninggalkan gereja di Sandringham ketika sambutan Hari Krismas pada 25 Disember lalu.
Ekoran ini, banyak teori konspirasi yang telah dikeluarkan oleh orang ramai mengenai keadaan Kate sekarang. Ada yang mengatakan puteri ini telah meninggal dunia, dalam koma, sedang menyembunyikan diri dan banyak lagi.
Namun begitu, Istana Kensington kekal mengatakan bahawa Kate kini berada dalam keadaan baik dan sedang melalui proses penyembuhan. Puteri itu dikhabarkan akan kembali menampilkan diri di majlis-majlis awam selepas 31 Mac nanti.
Artikel berkaitan: “Dah 3 bulan tak nampak” – Ini Apa Yang Korang Kena Tahu Tentang Misteri Kehilangan Kate Middleton
5. Jutawan kaki perempuan peluk Islam
Baru-baru ini, seorang jutawan dan bekas peserta program realiti The X Factor pada tahun 2017 yang terkenal dengan sifat kaki perempuannya, telah menceritakan tentang perjalanannya memeluk Islam.
Jutawan Britain, Danny Lambo, 37 menceritakan pada awalnya dia ada urusan kerja dan perniagaannya di Riyadh. Namun begitu, urusan itu selesai lebih awal daripada waktu yang dia jangkakan.
Dia kemudiannya mahu melawat Jeddah namun tersesat di lapangan terbang dan ketika sedang mencari jalan, Lambo bertemu dengan seorang individu yang telah membuka matanya untuk mengenali Islam dengan lebih mendalam.
Artikel berkaitan: “Saya sesat di lapangan terbang” – Jutawan Kaki Perempuan Kongsi Bagaimana Dia Peluk Islam