in

Liyana Jasmay Tampil ‘Bare Face’ Di TikTok, Netizen Bidas Komen Negatif Kutuk Wajah Pelakon

Liyana Jasmay Mekap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada sesetengah wanita berasa tidak yakin jika keluar rumah atau tampil di hadapan kamera tanpa memakai sebarang make up.

Tambahan pula kalau individu itu seorang artis. Mestilah kena jaga penampilan kan?


Walau bagaimanapun, baru-baru ini, pelakon Liyana Jasmay telah memuat naik video di TikTok dan penampilannya telah mendapat perhatian netizen.

Artikel berkaitan: “I terima je lah” – Liyana Jasmay Santai Jawab Kritikan Netizen Pasal Kulit Makin Gelap

Artikel berkaitan: “Baik diam jadi penonton!” – Jinggo ‘Melenting’, Tak Boleh Terima Netizen Kritik Pasal Make Up Tua Sheila Rusly?

Tak tidur 16 jam, Liyana Jasmay rakam video tanpa pakai make up 

Menerusi video itu, Liyana dilihat sedang menikmati burger ketika bercuti di sebuah hotel dan dia juga tidak mengenakan sebarang calitan make up pada wajahnya.

Liyana juga memaklumkan bahawa dia tidak cukup tidur kerana sibuk menjalani penggambaran.

Bila belum tidur lebih dari 16 jam. Dapat makan burger sedap, nak nangis! Semalam penat berlakon, kena rasuk, lebam kaki, telinga berdarah, mata kabur. 

“Tapi alhamudulillah untuk semuanya. Saya sangat bersyukur,” katanya.

@ljoneandonly

bila belum tido lebih dari 16jam, dan dpt makan burger sedap ni nak nangis! semalam penat berlakon kena rasuk lebam kaki, darah telinga, mata kabur.. tapi alhamdulillah for everything.. Im so grateful🩷

♬ original sound – LiyanaJasmay – LiyanaJasmay

“Kenapa dengan komen? Dia cantik kot dengan makeup atau tanpa makeup”

Video yang dimuat naik pelakon Papadom itu walau bagaimanapun menerima reaksi yang pelbagai, yang mana ada segelintir daripadanya melemparkan kecaman.

Pun begitu, kebanyakannya menepis komen negatif tersebut dengan memuji Liyana sebagai pelakon yang tidak ‘fake’ dan yakin tampil di kamera tanpa sebarang solekan.

Komen

Bagi min, ciptaan Allah semuanya cantik-cantik belaka. Artis pun macam kita juga, takkan memanjang nak pakai make up kan? 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.