in

Libatkan Dana RM 20 Juta, Pengarah & CEO Aman Palestin Hadapi 52 Pertuduhan Pecah Amanah

Untitled design 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Aman Palestin Berhad (Bhd) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan Malaysia yang giat memberi bantuan kecemasan, kebajikan dan kemanusiaan kepada rakyat Palestin, Lubnan dan Syria dalam bentuk projek-projek amal hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.

Pun begitu, baru-baru ini satu kontroversi membelenggu syarikat tersebut apabila terdapat dakwaan berunsur pecah amanah.


Terkini, pengarah serta CEO Aman Palestin Bhd, hari ini mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan selepas dihadapkan dengan 52 pertuduhan pecah amanah.

Artikel berkaitan: Nafi Seleweng Dana, Aman Palestin Dakwa Jongkong Emas Untuk Pelaburan

Artikel berkaitan: SPRM Serbu Aman Palestin, Rampas Pelbagai Barangan Termasuk 4 Jongkong Emas Seberat 1Kg Setiap Satu

3e2ab0f7ec240b0cc15bda06f8a37f80

Menurut laporan MalaysiaKini, dana yang terlibat dalam pertuduhan tersebut berjumlah lebih RM20 juta.

Pengarah Eksekutif Aman Palestin, Abdullah Zaik Abdul Rahman, bersama CEO syarikat terbabit, Awang Suffian Awang Piut, didakwa melakukan jenayah pecah amanah atas kapasiti mereka sebagai pengarah kepada syarikat Samudra Champa Sdn Bhd yang diberikan amanah atas harta milik Aman Palestin.

Difahamkan, kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut antara 12 Mac 2018 hingga 3 Nov tahun lalu di Maybank cawangan Bandar Baru Bangi, Selangor, kesemua 52 pertuduhan tersebut dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, kedua-dua pihak bersetuju agar kadar ikat jamin ditetapkan sebanyak RM1 juta, separuh daripada jumlah itu akan dibayar kepada mahkamah hari ini, manakala bakinya mesti dijelaskan sebelum 14 Mac depan.

Sumber: MalaysiaKini

 

Sumber: MalaysiaKini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.