Boleh dikatakan isu pekerja kerajaan mengambil kesempatan dengan kelonggaran yang diberikan ini, bukanlah sesuatu baru namun ianya dilihatkan semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
Ini kerana, terdapat segelintir dari pekerja kerajaan yang berperangai sambil lewa dengan tanggungjawab sehingga menyebabkan mereka mengabaikan kerja yang sepatutnya dilaksanakan.
Macam satu perkongsian yang dibuat di Facebook namun telah tular di Twitter, seorang individu mendedahkan rasa tak puas hatinya dengan sikap beberapa pekerja kerajaan di negara kita.
B40 Gred 19 KERJA KERAJAAN
PERANGAI DI TEMPAT KERJA
1. Masuk opis jam 9.00 pagi. Punch dulu lepas tu keluar beli breakfast.
Balik ofis jam 9.30 pagi . Kantoi dengan bos M40 gred 41 sebab kaunter takda org. Org tunggu dah ramai. Bagi jawapan ' hantar anak baby ke pengasuh'. pic.twitter.com/Ojx5Obym8O— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) May 24, 2022
Dia mengatakan bahawa pekerja kerajaan kebiasaannya akan mula tiba di pejabat pada jam 9:00 pagi dan terus keluar untuk beli sarapan namun kerap berikan alasan yang tak sepatutnya apabila ditegur oleh pegawai yang berjawatan lebih tinggi.
“Kantoi dengan bos M40 gred 41 sebab kaunter takda org. Org tunggu dah ramai. Bagi jawapan ‘ hantar anak baby ke pengasuh’.” – Luah individu itu
“Sesama kutuk budak baru tak reti buat kerja”
Bukan itu je, selain dari lambat masuk ke pejabat, individu itu juga mendedahkan bahawa pekerja kerajaan kebiasaannya akan keluar awal untuk waktu makan tengah hari dan memberikan alasan macam kat bawah ni…
“Nak pergi ambil anak balik sekolah”
Perkongsian yang dibuat ini telah meraih perhatian netizen yang rata-rata mengatakan hampir kesemua pekerja kerajaan melakukan perkara yang sama dan mereka mengharapkan dengan luahan itu, gejala tak sihat ini dapat dikurangkan di masa hadapan.
Min harap takdelah lagi kes yang melibatkan pekerja kerajaan ni. Sama-sama kita ambil iktibar ya…
Baca: “8.30 pagi baru siap beli makanan” – Netizen Bengang Kena Tunggu 30 Minit Sebab Nurse Beli Sarapan?