Selepas menjadi salah seorang kontak rapat dan menjalani self-quarantine sejak Isnin lalu, penyampai radio dan pengacara tanah air, Fara Fauzana atau lebih mesra dikenali sebagai Fafau telah disahkan positif Covid-19 semalam.
Fafau memberitahu bahawa dia terus bertindak dengan melakukan self-quarantine serta-merta selepas tahu dirinya telah menjadi salah satu kontak rapat kepada orang yang dijangkiti wabak yang sama.
Melalui posting yang dibuat oleh Fafau di akaun Instagram miliknya iaitu @therealfafau, dia kongsikan video yang berdurasi 59 saat tentang keadaan dirinya menjalani kuarantin untuk hari yang pertama setelah disahkan positif Covid-19.
https://www.instagram.com/tv/CWPHMwaFNd-/?utm_medium=copy_link
Dalam video itu, dia memberitahu bahawa dia telah mengalami perubahan suara kerana batuk yang berterusan dan juga mula terasa sakit di bahagian belakang badannya seperti dicucuk-cucuk.
“Batuk, suara jantan… kejap-kejap belakang ni (sambil tunjuk belakang badan) akan rasa cucuk-cucuk” – Fara Fauzana
Apa patut buat kalau jadi close contact?
Di bahagian kapsyen untuk video yang sama, dia kongsikan tips satu persatu untuk dilakukan sekiranya seseorang itu telah menjadi kontak rapat. Dia kongsikan semua tips berdasarkan pengalamannya sendiri selepas menjadi salah seorang kontak rapat.
Update MySejahtera kena jujur dengan keadaan diri sendiri
Tak cukup dengan itu, Fafau juga menambah sambungan tips pada kapsyen posting seterusnya di Instagram dengan gambar hidangan makanannya yang lebih kepada apa patut seseorang itu lakukan sekiranya telah disahkan positif Covid-19.
https://www.instagram.com/p/CWPMbv-vVhS/
Sharing dari Fafau itu mendapat pujian ramai di bahagian komen kerana rata-rata orang akan menjadi panik sehingga tidak tahu apa yang harus dilakukan selepas menjadi kontak rapat dan sekiranya disahkan positif.
“Sy suka org yg sporting mcm FF, berkongsi status & pengalaman. Dlm era pendamic ni, ego kena simpan dlm peti, kann. Sbb ia melibatkan nyawa. Semoga Allah Berikan kesembuhan dgn segera, FF” – Netizen di bahagian komen
Bukan itu sahaja, ramai turut berkongsikan pengalaman mereka setelah positif wabak tersebut dan tak kurang juga yang mendoakan kesembuhan akan diberikan dengan segera kepada founder dbilique itu kerana mereka ingin mendengar telatah Fara Fauzana seperti biasa.
Min doakan Fafau sihat seperti biasa semula… Korang pun sama juga, stay safe! Make sure jaga SOP selalu tau…



